Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAYA | Maya ialah sejenis ilusi optik. Maya mungkin berlaku ketika seseorang sedang memandu dan ternampak sesuatu yang kelihatan seperti sekumpulan air di jalan berturap yang panas di hadapannya. | UMUM | |
REALITI MAYA | Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi, artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi deria manusia terutamanya deria penglihatan dan pendengaran untuk mencipta perasaan seolah-olah berada di dalam dunia janaan komputer. | UMUM | |
ANGELOU, MAYA | Angelou, Maya (1928 ), penulis, penyair, penulis skrip drama, editor, pelakon wanita, pengarah, dan guru Amerika. Dia paling dikenali kerana siri pertama karya autobiografinya, I Know Why the Caged Bird Sings (1970). | UMUM | |
MAHSURI | Mahsuri ( ? ? ) ialah tokoh legenda Pulau Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan sumpah tujuh keturunan. | UMUM | |
YAHYA M.S. | YAHYA M.S. (1939- ) penyair dan penulis Brunei Darussalam. Dia lahir pada 21 Ogos 1939 di Kampung Lorong Sikuna, Brunei Darussalam. Nama penuhnya ialah Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim. Dia turut menggunakan nama pena Maya Borneo, Madah Satria dan Yusra Hariry. Yahya M.S. menerima pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab. Dia pernah terdidik di Sekolah Arab Al-Juneid, Singapura dari tahun 1955 hingga tahun 1958. Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor (1958-1963). Seterusnya dia melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir (1965-1967) dan menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam Jurusan Pengajian Arab. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| maya (kata nama) | Bersinonim dengan bayangan, khayalan, impian, fantasi, angan-angan, ilusi, fatamorgana, imaginasi,
halusinasi, mimpi, igauan., | |
|
|