Kata |
Takrif |
Sumber |
imbas kembali | bahagian cerita filem, novel, dsb yg memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yg terdahulu: beliau menggunakan teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri; mengimbas kembali membayangkan sesuatu atau melihat kembali dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentakbirkan | menerangkan atau mentafsirkan erti mimpi, mentakwilkan (mimpi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takbir II | Ar huraian menjelaskan sesuatu, makna, penafsiran, takwil (biasanya mengenai mimpi): puaslah ia memikirkan apakah ~ mimpinya itu; mentakbirkan menerangkan atau mentafsirkan erti mimpi, mentakwilkan (mimpi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mimpi | 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-ci | Kamus Pelajar |
takwil | takwil Ar keterangan (mimpi dll), penjelasan, takbir, tafsir: mereka tidak pernah mengerti akan ~ ceritanya; mentakwilkan memberi penjelasan, menerangkan, mentafsirkan;takwilan sesuatu yg ditakwilkan: mimpi yg memerlukan ~ simbolik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayan | ; rayan-rayan Mn 1. = merayan mengigau, meracau: ~ kerana demam panas; 2. mimpi yg berhubungan dgn pengalaman siang hari, memikir-mikirkan peristiwa yg lalu: pd waktu siang menjadi angan-angan yg menindih dan pd waktu malam menjadi ~ yg mengganggu; terayan-rayan (berada) antara tidur dan jaga, termimpi-mimpi, teringat-ingat, terbayang-bayang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termimpi-mimpi | 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
termimpi-mimpi | 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dream | n 1. sequence of images experienced during sleep, mimpi: to wake up from a bad ~, terjaga dr mimpi yg menakutkan; sweet ~s!, mimpi manis!; 2. daydream, khayalan, lamunan; ~ world, alam /khayalan, impian/; 3. state of mind in which one is abstracted, khayalan: he has been going about in a ~ since he fell in love, dia hidup dlm khayalan sejak dia jatuh cinta; 4. (ideal) idaman, impian; (aspiration) impian: the man of her ~s, lelaki idamannya; his ~ was to become a millionaire, impiannya adalah utk menjadi seorang jutawan; the car of your ~s, kereta impianmu; 5. (colloq) so. or st which is very beautiful, enjoyable, wonderful, etc, [various translations]: she was a ~ in white lace, dia spt bidadari dgn pakaian baju renda serba putih; the house was really a ~, rumah itu betul-betul spt mahligai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dreamlike | adj bagaikan mimpi: the landscape had a ~ quality, pemandangan di situ bagaikan mimpi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incubus | n 1. (liter.) nightmare, mimpi dahsyat; 2. devil that has sexual intercourse with women in their sleep, hantu; 3. st that oppresses like a nightmare, approp n + yg menekan: to be free from the ~ of slavery, bebas drpd amalan pengabdian yg menekan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dream | vt 1. have visions in sleep (of) memimpikan; (foll by clause) bermimpi: to ~ strange dreams, memimpikan mimpi yg aneh; he ~t he was marooned on a desert island, dia bermimpi dia terdampar di pulau yg tdk berpenghuni; 2. imagine, bermimpi; (foll by clause) termimpi: I wasnt there, you must have ~t it, saya tdk ada di situ, kamu bermimpi agaknya; he never ~t that such a thing would happen, dia tdk termimpi perkara begitu boleh terjadi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fantastic | adj 1. preposterous, tdk /masuk akal, munasabah/, bukan-bukan: ~ ideas, gagasan yg tdk masuk akal; 2. strange, imaginary, ajaib, aneh: a ~ dream, mimpi yg aneh; a ~ world of monsters, dunia ajaib raksasa; 3. (sl) excellent, hebat: a ~ performance, pertunjukan yg hebat; she looked ~ in that outfit, dia kelihatan hebat berpakaian begitu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
beautiful | 5. aesthetically, intellectually gratifying, indah: a short story written in ~ language, cerpen yg ditulis dlm bahasa yg indah; a ~ landscape by Constable, lukisan bentuk darat yg indah oleh Constable; 6. (colloq) excellent, very enjoyable, [various translations]: the weather was ~, cuaca bagus sekali; ~ batting, pukulan yg cantik; a ~ dream, mimpi yg indah; we had a ~ holiday, percutian kami sangat menyeronokkan; it was a ~ party, majlis keramaian itu sangat menyeronokkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bad | adj 1. very unsatisfactory, buruk, tdk baik: ~ working conditions, keadaan kerja yg buruk; a ~ essay, karangan yg buruk; the treatment was ~, layanan yg diberikan buruk; a ~ performance by the company, prestasi yg buruk oleh syarikat itu; 2. unfavourable, unpleasant, buruk: a ~ dream, mimpi yg buruk; ~ effects, kesan-kesan buruk; a ~ experience, pengalaman buruk; a ~ influence, pengaruh buruk; I have ~ news for you, saya ada berita buruk utk kamu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
in | c. (used with proper nouns) di: she lives ~ Medan, dia tinggal di Medan; sailing ~ Malaysian waters, belayar di perairan Malaysia; d. (in materially bound object) pada; (in mouth, hand, leg, etc) di: theres a nail ~ the wall, ada paku pada dinding; I noticed a hole ~ his pocket, saya ternampak lubang pada sakunya; wounded ~ the shoulder, cedera di bahu; e. (in st immaterial, intangible) dalam: he only exists ~ my dreams, dia hanya wujud dalam mimpi saya; she has a lot of ideas ~ her head, dia ada banyak gagasan dalam kepalanya; ~ his heart he new that he was wrong, dalam hatinya dia tahu bahawa dia bersalah; my fate is ~ your hands, nasib saya dalam tangan tuan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
horrid | adj 1. (colloq) unpleasant, dahsyat, teruk: this is a ~ place, its full of ants and cockroaches, tempat ini teruk, penuh dgn semut dan lipas; (of person, persons behaviour, etc), [various translations]: she had a ~ stepmother, dia mempunyai ibu tiri yg garang; dont be ~ to your little sister, jangan berkasar thdp adikmu; 2. frightening, repulsive, sangat menakutkan, dahsyat: the monster had a really ~ face, rupa raksasa itu sangat menakutkan; a ~ dream, mimpi yg dahsyat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dream allegory | alegori mimpi | Kesusasteraan | Puisi | Lihat alegori impian. |
dream allegory/vision allegory | alegori impian | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang disampaikan dalam kerangka naratif mimpi, berbentuk pengetahuan atau kebenaran yang tidak mungkin diperolehi dalam dunia realiti watak. |
concise | padat | Kesusasteraan | Puisi | Ketelitian dan keterampilan dalam pemilihan kata yang sesuai dan tepat dalam pembentukan baris. Contohnya, puisi 'Harapan' karya Latiff Mohidin. setiap malam kau rebahkan kau rebahkan setiap sayap mimpi ke atapnya begitu berat. |
dream allegory | alegori impian | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi citra yang dimunculkan secara khayalan atau ilusi dengan menerapkan aliran kesedaran atau bawah sedar. Citra yang dilahirkan itu tidak dapat dijejaki kebenarannya. Sinonim alegori mimpi. |
mixed metaphor | metafora rancu | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan atau pencampuran dua ataupun lebih unsur metafora dalam sesuatu pemyataan di dalam sesuatu baris, rangkap atau sesebuah puisi. Suram malam yang terpendam di tafakur tidurmu menanti mentari titipan maya kupinta mimpi baktimu tiadakan rela menatang kehidupan berbunga hampa. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherds Calendar oleh Spenser dan Shepherds Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud gembala kambing. Lihat juga idil. |
psychoanalytic criticism | kritikan psikoanalitik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh sensor (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa minda dalam seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan minda dalam itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |
collective unconscious | bawah sedar kolektif | Kesusasteraan | Tiada | Ciri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk. |
fantasy | fantasi | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dihasilkan dengan memasukkan unsur pelarian dan realiti secara sedar yang biasanya dihubungkaitkan dengan cerita khayalan. Karya fantasi biasanya berlatarbelakangkan dunia yang dikhayalkan atau dunia utopia. Karya fantasi boleh direka agar mematuhi ciri-ciri karya biasa seperti dalam cerita bertajuk Lord of the Rings (1954-1955) oleh Tolkien, atau karya fantasi yang diwarnai oleh latar mimpi seperti dalam karya pengembaraan bertajuk Alices Adventures in wonderland oleh Lewis Caroll. Kedua-dua jenis fantasi ini boleh ditafsirkan secara simbolik atau alegori. Karya fantasi ditulis untuk menghiburkan atau sebagai satira untuk institusi sosial masyarakat. Karya fantasi merangkumi beberapa genre kesusasteraan seperti cerita dongeng, cerita dewa-dewi, roman kesateriaan dan fiksyen sains. Unsur fantasi juga boleh ditemui dalam perfileman seperti 2001: A Space Odyssey, atau dalam siri televisyen seperti Star Trek. Lihat juga fantastik. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
upi | mimpi | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
mimpi | nupei [nupey] | Melanau Dalat | |
mimpi | mimpik. | kedayan | |
nupei | mimpi | TETAW | |
nupei | mimpi; | Melanau Mukah | |
ayu II | alamat; tanda (akan terjadi sesuatu); pertanda; makna mimpi; | Iban | |
alamet | 1 alamat: ~ takan (gian) diyem alamat tempat tinggal; 2 tanda, petanda: nupei pahak nyipen bah bau layan taou ~ bak ninai tama atau tina matai mimpi gigi geraham atas sebelah kanan tanggal alamat akan kematian ayah atau ibu; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tuai burung Ib | orang yang arif dalam membuat tafsiran tentang petanda burung dan mimpi. | Tuai burung adalah orang terpenting dalam kehidupan seharian orang-orang Iban. Ia adalah tukang ramal atau tukang tilik. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buli Mr Nb | berian (hantaran) yang terhutang. | Kalau dia nak beristeri, janganlah mimpi. Ingatkan dia bulinya belum selesai lagi. Bagaimana nak beristeri kalau buli engkau sendiri belum dapat dia bayar? bentak Angusi. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompuan Kd KB | sejenis roh jahat. | 22. Tompuan Roh bahan gunaan hidup manusia sehari-hari, kadangkala menjadi mimpi berkelamin antara lelaki dan perempuan. Tempat tinggalnya di bumi dan di kayangan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
makai burung Ib | suatu upacara menolak bala apabila terdapat tanda-tanda akan berlaku kecelakaan yang dibawa oleh burung, mimpi dan sebagainya. | Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sakang Ib | azimat dan ubat-ubat bomoh. | Emak dah buang segala kepercayaan tentang polong, jembalang, sakang, bunyi burung ketupong, mimpi dan macam-macam lagi. Yang hantunya bukan hantu, emak. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bercenaga, *bechenaga* Ib, Kh | upacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang. | Lain kali, nasihat Dayang Manis Muka, kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turongou Kd | sejenis ikan sungai, kecil, banyak tulang (kap); Cyprinus carpio. | Saya sudah sediakan bekalan kamu hari ini, dua bungkus nasi. Di dalamnya ada ikan turongou. | Mimpi Burubut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gayang MSb | sejenis parang panjang. | Jika engkau tidak meninggalkan dia, mata gayang ini tidak akan puas selagi tidak menghirup darah, Mecra, katanya. Kupandang gayang atau parang panjangnya itu. Aku gugup. | Pesta Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seladan Ib | sejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar. | Beberapa helai seluar dan baju lusuh terbungkus erat dalam sebuah plastik juga dimasukkannya ke dalam perut seladan. | Mengepung Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantak Ib, MSr | tatu. | Tuai Rumah Dunggau mencapai ilang tersebut. Ditelitinya begitu lama bagaikan itulah pertama kalinya dia melihat ilang. Sarung ilang itu penuh ukiran, melengkang-lengkung hampir-hampir menyerupai pantak (cacah atau tatu) yang penuh di belakangnya. Ilang itu ditariknya perlahan- lahan. | Mengepung Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb mu- nasabah. = เข ้ าที เข ้ าที [-ti:] ดู เข ้ าท ่ า เข ้ าปก [-pok] ก menjilid เข ้ าฝ ั น [-fan] ก datang dalam mimpi: คุณพ ่ อมาเข ้ าฝ ั นเพื่ อบอกให ้ ทำดี Arwah bapa saya datang dalam mimpi me- nasihati saya berbuat baik. เข ้ ารอบ [-r:p] ก masuk pusingan se terusnya เข ้ าเวร [-we:n] ก masuk syif: ว ั นนี้ ผมเข ้ า
|
Kamus Thai 2.indb bumikan ฝั ่ ง [fa] น tebing ฝัด [fat] ก menampi: รอกีเยาะห ์ ช ่ วยแม ่ ฝัด ข ้ าวเปลือก Rokiah menolong emaknya menampi padi. ฝัน [fan] น 1 mimpi ก 2 bermimpi ฝา [fa:] น tudung ฝาชี [-ci:] น tudung saji, sangai ฝาผนัง [-pana] น dinding ฝาแฝด [-fε:t] ดู แฝด ฝาละมี [-lami:] น tudung belanga ฝ่า [fa:] ดู |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mimpi | [mim.pi] | ميمڤي |
takbir (mimpi) | [taÖ.bir] | تکبير ( ميمڤي ) |
termimpi-mimpi | [ter.mim.pi.mim.pi] | ترميمڤي-ميمڤي |
|
Tesaurus |
---|
| mimpi (kata nama) | Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi,
maya, rasian;, | | Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian, |
|
Puisi |
---|
|
Semalam mimpi bulan, Mimpi nyiur patah tandan; Semalam mimpi tuan, Mimpi beriba sebelah kanan.
Lihat selanjutnya... |
|