Kata |
Takrif |
Sumber |
imaginatif | 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imaginasi | kebolehan menggambarkan sesuatu dlm fikiran; apa-apa yg digambarkan dlm kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imaginasi | daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dlm angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan: ada pengarang yg dapat menceritakan sesuatu kisah itu dgn hanya berdasarkan ~nya sahaja; mengimaginasikan membuat gambaran dlm fikiran, membayangkan: saya fikir penulis harus ~ pembaca sbg bakal kekasihnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imaginasi | kebolehan menggambarkan sesuatu dlm fikiran; apa-apa yg digambarkan dlm kepala. | Kamus Pelajar |
fantasi | 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2. ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan sebenarnya);sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja); berfantasi berkhayal, berangan-angan; memfantasikan mengkhayalkan, mengangan-angankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fiksyen | 1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfiksyenkan | menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prosaik | 1. bersifat prosa; 2. tiada imaginasi dan menjemukan: pendeknya sebuah puisi itu tidak diucapkan secara lurus, kasar, ~ dan dangkal; ungkapan-ungkapannya kadangkala begitu mudah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemikiran lateral | cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
momokan | bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fancy | n 1. power of creating mental pictures esp in work of art, imaginasi; 2. mental image formed by such power, khayalan, imaginasi: he tried to sort out the fact from the ~ in the story, dia mencuba mengasingkan kenyataan drpd khayalan dlm cerita itu; this was the ~ of a mad man, ini ialah khayalan orang gila; 3. idea not based on reason, imaginasi, khayalan: did I hear the bell or is it only my ~?, adakah loceng berbunyi tadi atau hanya imaginasi saya saja?; 4. whim, ragam; 5. sudden irrational liking, minat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
imagination | n 1. act, power of creating mental images, (daya) imaginasi: the child has a lively ~, anak itu mempunyai daya imaginasi yg cergas; if you would only use your ~..., kalau kamu menggunakan imaginasimu...; 2. st imagined, hayalan: there is no ghost in this house; its just your ~, tdk ada hantu dlm rumah ini; itu hanyalah khayalanmu; dont let your ~ run /wild, away with you/, jangan fikir yg bukan-bukan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grip | catannya benar-benar menguasai imaginasi; c. (a certain feeling, emotion) mencengkam: the city was ~ped by fear, kota itu dicengkam ketakutan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
conjoin | vi (fml) bergabung: imagination and felicity of style ~ to produce an outstanding work, imaginasi dan keindahan gaya berpadu utk menghasilkan suatu karya yg terkemuka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fevered | adj 1. panas: his ~ brow, dahinya yg panas; 2. (fig.) meracau, cacau: ~ imagination, imaginasi yg meracau. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
combination lock | vt 1. cause to join together, menggabungkan: the play ~s imagination and wit, drama itu menggabungkan imaginasi dan akal; 2. cause to unite for a common purpose, menggabungkan, menyatukan; 3. do two or more activities at the same time, [various translations]: to ~ business with pleasure, menjalankan urusan perniagaan sambil berseronok-seronok; one person ~s the work of driver and office boy, seorang sahaja menjalankan tugas sbg pemandu dan penyelenggara pejabat; 4. (chem) memadukan: to ~ copper and iron, memadukan kuprum dan besi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fecund | adj 1. fertile , subur: ~ pastures , padang ragut yg subur; 2. ntellectually productive , produktif: a ~ imagination , imaginasi yg produktif; a ~ era in the history of music, zaman produktif dlm sejarah muzik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
catch | ~ so. /by surprise, unawares/, mendapati sso /tdk, belum/ bersedia; ~ so. /red-handed, in the act/, menangkap sso sewaktu sso sedang + approp v: the headmaster caught them red-handed, guru besar itu menangkap mereka sewaktu mereka sedang mencuri; ~ the imagination, menangkap imaginasi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bold | adj 1. courageous and daring, berani: a ~ hero, wira yg berani; she grew ~er with each attempt, dia menjadi lebih berani percubaan demi percubaan; the plan was simple but ~, rancangan itu sederhana tetapi berani; to take a ~ step, mengambil langkah berani; 2. forward, immodest, tdk /tahu malu, malu, sopan/: a ~ little urchin, budak nakal yg tdk tahu malu; she gave him a ~ look, dia memandangnya dgn tdk sopan; 3. imaginative, penuh imaginasi: the novels ~ plot, plot novel yg penuh imaginasi; 4. clear and distinct to the eye, jelas, ketara: ~ handwriting, tulisan tangan yg ketara; a figure carved in ~ relief, patung yg diukir dgn ukiran timbul dgn jelas; ~ newspaper headlines, tajuk berita akhbar yg ketara; 5. (print) tebal: ~ letters, huruf tebal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fancy | adj 1. decorative, ornamental, banyak hiasan: ~ hat, topi yg banyak hiasan; ~ cakes, kek yg banyak hiasan; 2. requiring skill to execute, perform, sukar dilakukan: ~ footwork, gerak kaki yg sukar dilakukan; a ~ dance routine, gerak tari yg sukar dilakukan; 3. (often ironical) impressive, elaborate, istimewa: the dinner is not going to be a ~ affair, majlis makan malam itu tdk akan merupakan majlis yg istimewa; she attended one of those ~ schools, dia belajar di salah sebuah sekolah istimewa; 4. (derog) exorbitant, terlalu /mahal, tinggi/; 5. bred for special qualities, dibiak khas: ~ pigeons, burung merpati yg dibiak khas; 6. based on conceptions of the imagination, berdasarkan imaginasi: a ~ sketch, lukisan yg berdasarkan imaginasi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
imagination | imaginasi | Kesusasteraan | Tiada | Kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk membentuk sesuatu imej. |
fancy | fansi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal daya persepsi yang melibatkan khayalan. Daya ini berbeza dengan daya imaginasi, dan tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi. Sehingga abad ke-19, khayalan dan imaginasi disamakan, tetapi pengkritik romantis seperti Samuel Coleridge dan willian Wordsworth membezakan antara kedua-duanya. Bagi mereka, khayalan itu terbatas sifatnya kerana khayalan terlalu bergantung pada proses asosiasi, sedangkan imaginasi mampu mencipta imejan baharu dan segar melalui proses penyatuan imej. Fansi penting dalam penulisan novel mistik atau cereka fantasi kanak-kanak. Lihat juga imaginasi, imejan. |
romantic poetry | puisi romantik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik. |
imagination | imaginasi | Kesusasteraan | Puisi | Lihat pencitraan. |
imagery | citraan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan keseluruhan penyampaian idea dan imaginasi melalui penggunaan perkataan, ungkapan atau ayat. |
fiction | fiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rekaan yang dihasilkan berdasarkan imaginasi pengarang tentang manusia dan kehidupan. |
implied reader | pembaca tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Pembaca yang diingini dalam imaginasi pengarang semasa pengkaryaan. Seseorang pengarang mengandaikan bahawa pembaca tersirat sependapat dengannya mengenai watak dan situasi yang dialami dalam cerekanya. Pembaca tersirat yang diinginkan biasanya dapat ditanggapi oleh pengarang melalui bentuk dan isi cereka tersebut. Contohnya, pembaca tersirat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah pembaca yang sedia maklum tentang kesusahan dan kesukaran kehidupan di kampung, khususnya masyarakat tani. |
science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Genre fiksyen yang berasaskan imaginasi namun latar, watak, tema dan plotnya di sokong oleh fakta, teori dan prinsip sains. |
description | pemerian | Kesusasteraan | Tiada | Gambaran terperinci dalam naratif supaya khalayak dapat menggambarkan imaginasi pengarang. |
metaphor | metafora | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya The Eye of Day ialah metafora kepada The Sun yang membandingkan dua objek yang berbeza, eye dengan sun. Dalam sajak Chairil Anwar, Aku pada baris Aku binatang jalang, daripada kumpulannya terbuang, binatang jalang ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, Because I Could Non Stop Death oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri ialah metafora lunjuran kepada perjalanan roh manusia mencari Tuhan. Metafora usang pula merupakan metafora yang telah basi dan klise kerana terlalu kerap digunakan. Contoh metafora usang ialah kumbang untuk lelaki dan bunga untuk perempuan. Contoh metafora lain ialah tajuk novel Perahu Waktu karya Supaat I. Latief. Ungkapan perahu waktu merupakan metafora kerana ungkapan ini menggabungkan unsur nyata (perahu) dan tidak nyata (waktu). Unsur metafora, iaitu serpihan sabar dan selumbar harapan ditemui dalam sajak bertajuk Bubu oleh Mohd Amran Daud: ... dalamnya hanyalah serpihan sabar. Sabar yang tertancap oleh selumbar harapan. Harapan yang bergayut di pucuk gelora. Dan gelora yang rakus menghempas pantai usia. Lihat juga simile. |
Kamus Thai 2.indb น ilmu kemanusiaan มนุษยสัมพันธ ์ [-sayasampan] น hubungan kemanusiaan มนุษย ์ อวกาศ [-awaka:t] น angka- sawan มโนกรรม [mano:kam] น pemikiran มโนภาพ [mano:pa:p] น gambaran dalam fikiran, imaginasi มโนราห ์ [mano:ra:] น menora มโนสาเร ่ [mano:sare:] น remeh- temeh: คดีมโนสาเร ่ จะไม ่ ถูกนำขึ้ นสู ่ ศาล Kes remeh-temeh tidak akan dibawa ke mahkamah. มรกต
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
imaginasi | [i.ma.gi.na.si] | ايماݢيناسي |
|
|