Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIKAYAT MALIM DEWA | | SASTERA | Karya |
HIKAYAT MALIM DEMAN | | SASTERA | Karya |
MALIM GHOZALI PK | MALIM GHOZALI Pk (1949 - ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 4 Mac 1949 di Malim Nawar, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohd. Ghozali bin Haji Abdul Rashid. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh dan di Universiti Malaya hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1973 dan Diploma Undang-undang dan Pentadbiran Perkapalan dari University of Wales, United Kingdom. | SASTERA | Tokoh |
SHAHRUM YUB | SHAHRUM YUB, Dato (1934- ), budayawan, penulis, Ketua Pengarah Muzium Negara (1972-1991). Dia lahir pada 21 April 1934 di Tanjung Malim, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1949. Dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Methodist Tanjung Malim dan Sekolah Anderson, Ipoh, hingga lulus Overseas School Certificate pada tahun 1953, dan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1956. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi) dari University of Leeds, England (1960). Pada tahun 1961, dia mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Muzium di samping berkhidmat secara sementara dengan British Museum selama setahun. Sekembalinya ke tanah air, dia berkhidmat dengan Jabatan Muzium sebagai Kurator Etnologi pada 9 Januari 1962. | BUDAYA | Tokoh |
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934 ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
MASHUDI KADER | MASHUDI KADER (1943 - ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor. | BAHASA | Tokoh |
PAWANG ANA | PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pawang Ana berasal dari Perak. Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara. Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu. Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak. Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. | SASTERA | Tokoh |
RUSTAM A. SANI | RUSTAM A. SANI (1944 - ), penulis, penterjemah dan penyair. Dia lahir pada 11 Ogos 1944 di Ipoh, Perak. Bapanya ialah Haji Abdullah Sani bin Raja Kecil atau lebih dikenal dengan nama Ahmad Boestamam. Rustam menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu, Tanjung Malim (1951 1955), Methodist English School, Tanjung Malim (1956 1963) dan Victoria Institution, Kuala Lumpur (1963 1964). Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1970). Selepas itu, dia melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan bagi mendapatkan Diploma Sosiologi di University Reading, United Kingdom (1973). Pada tahun 1975, Rustam menerima Ijazah Sarjana dalam Pengajian Asia Tenggara di University of Kent, England. | SASTERA | Tokoh |
CENDERAMATA | CENDERAMATA, majalah rasmi Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan November 1923 dan diterbitkan dua kali setahun menurut penggal maktab ini pada masa sebelum merdeka. Kini majalah ini diterbitkan setahun sekali. Majalah Cenderamata selepas merdeka hingga kini berukuran 25 cm x 19 cm dan purata mengandungi 140 halaman. Majalah ini pada peringkat awalnya amat kurang memuatkan gambar kecuali terbitan selepas perang. | SASTERA | Karya |
SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (19211982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| malim (kata nama) | 1. Bersinonim dengan guru agama: ustaz, ustazah, tok guru, kiai, pengajar, pendidik, pembimbing, Berantonim dengan murid
2. Bersinonim dengan jurumudi: nakhoda, juragan, malim angin, malim kapal, kapten, Berantonim dengan anak kapal.
|
|
Puisi |
---|
|
Batu Malim dua kerusi, Boleh kita berlayar kapal; Kalau beli kain dua helai seragi, Boleh kita bertukar pakai.
Lihat selanjutnya... |
|