Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SIMPULAN BAHASA | rangkai kata yang tersimpul dalam susunan kata yang ringkas lagi padat, dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal kata yang tersusun itu. | BAHASA | Konsep |
MAJAZ, AL- | Majaz, al- dalam ilmu Balaghah bererti memaksudkan makna lain yang berlainan daripada makna asal yang sebenar. Perkataan al- Majaz dibentuk daripada akar kata bahasa Arab Jaza Yajuzu yang bermakna melampaui. Apabila istilah al-Majaz digunakan terhadap perkataan, maka bermaksud melampaui makna yang telah disepakati oleh ahli bahasa terhadap satu perkataan. Ertinya makna perkataan itu melampaui makna yang sebenar (Metafora). | UMUM | |
MORFEM | Morfem ialah unit paling kecil dalam bahasa yang mempunyai makna, sama ada makna itu ialah makna leksikal atau makna gramatikal. | BAHASA | Konsep |
SENI BINA | Seni bina ialah istilah yang mempunyai beberapa makna, semuanya berkaitan dengan bangunan. Ia mungkin merujuk kepada seni dan sains bangunan, yang diamalkan oleh artis yang dikenali sebagai arkitek. S eni bina juga boleh bermakna bangunan itu sendiri. Istilah ini juga mempunyai makna sejarah, yang merujuk kepada gaya bangunan sesuatu budaya atau merujuk kepada gerakan seni. Contohnya, kita bercakap tentang seni bina Yunani atau seni bina Gothik. | UMUM | |
TEKA-TEKI | Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang mengandungi makna yang sengaja disembunyikan. Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini ialah Apakah benda yang beroda empat dan dapat terbang? Jawapannya ialah Trak mengangkut sampah sarap, yang hanya ada unsur makna apabila kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai dua maksud. | UMUM | |
APOSISI | Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif dan adverba. Abraham Lincoln , (who was) the 16th President of the United States, was assassinated aposisi adalah kata nama. The crowd, (which was) axious to escape danger , began to panic adalah aposisi adjektif. The man shouted loudly, (which was) even frantically , to calm the crowd adalah aposisi adverba. | UMUM | |
TUNGGAL | bentuk kata yang menunjukkan makna satu. | BAHASA | Konsep |
MEMBACA | Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan makna daripada perkataan bercetak atau bertulis. Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan satu daripada kemahiran yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah kunci kepada semua jenis maklumat. Ia membolehkan kita mempelajari cara membina atau memasang benda, menikmati cerita, mengetahui kepercayaan orang lain, melatih imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina idea dan kepercayaan kita sendiri. | UMUM | |
EKTOPLASMA | Ektoplasma ialah istilah yang mempunyai dua makna, satu yang digunakan oleh ahli kerohanian dan satu lagi digunakan oleh ahli biologi. Ahli kerohanian percaya bahawa roh orang mati boleh berkomunikasi dengan orang hidup melalui seseorang yang dikenali sebagai perantara. Menurut ahli kerohanian, ektoplasma ialah bahan bak kabus yang terapung dari badan perantara apabila perantara itu berada dalam keadaan bersawai. | UMUM | |
ADVERBA | Adverba ialah golongan kata yang menambah makna kepada kata kerja, adjektif, atau adverba lain. Adverba mungkin terdiri daripada kata tunggal (quickly), frasa (in the morning) atau klausa (if the meeting continues). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| makna (kata nama) | Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil;, | | Kata Terbitan : bermakna, memaknakan, |
|
Puisi |
---|
|
Pagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna.
Lihat selanjutnya... |
|