Sawai ialah istilah yang umumnya digunakan untuk menerangkan sebarang keadaan separuh sedar atau lena yang luar biasa. Istilah ini juga boleh digunakan untuk menerangkan keadaan orang yang dipukau, menurun, dan orang yang mengalami gangguan mental. Kadangkala, sawai berlanjutan untuk jangka waktu yang agak panjang. Walau bagaimanapun, biasanya sawai hanya berlaku dalam tempoh waktu yang pendek. Perkataan sawai, pada mulanya digunakan bagi keadaan roh yang dipercayai telah meninggalkan tubuh bagi tempoh waktu tertentu. |