Kata |
Takrif |
Sumber |
lenyak | lena (bkn tidur); nyenyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lenyak | lena tidur, nyenyak: ayahnya sedang tidur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidur lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) | tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidur | 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. | Kamus Pelajar |
tidur | 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidur | 1 (dlm keadaan) berehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: Biar aku saja yg menyudahkan kerja ini, engkau boleh ~. Dia masih ~ di biliknya. 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri; ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. tidur-tidur berbaring-baring (tetapi tidak lena). ~ ayam tidur yg tidak lena. meniduri 1 tidur di: ~ tilam empuk. 2 bersetubuh dgn. menidurkan membuat supaya tidur: Ibu itu sedang ~ anaknya. tertidur dgn tidak sengaja tidur: Kerana terlalu letih, dia ~ di kerusinya. ketiduran 1 tertidur (dgn tidak sengaja); terlampau lama tidur. 2 = tempat ~ tempat (utk) tidur. seketiduran bersama-sama tidur di satu tempat; sama tempat tidur. berseketiduran 1 tidur bersama-sama di satu tempat tidur. 2 bersetubuh. petiduran tempat tidur. penidur 1 orang yg selalu atau sangat mudah tidur. 2 ubat dsb yg menyebabkan atau memudahkan tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dead | ~ asleep, tidur /mati, nyenyak, lenyak, lena, lelap/; ~ drunk, terlalu mabuk, mabuk /bunga selasih, benar, betul/; be ~ against, be directly opposed to, tdk bersetuju langsung: she was ~ against the plan, dia tdk bersetuju langsung dgn rancangan itu; be ~ set on, /berazam, bertekad/ utk; (thing rel to st of less serious nature) beria-ia, ingin benar: to be ~ set on becoming a doctor, berazam utk menjadi doktor; the child was ~ set on going home, kanak-kanak itu beria-ia hendak pulang; stop ~, a. (of person, animal) berhenti (dgn) serta-merta; b. (of engine etc) mati: my car stopped ~ in the middle of the bridge, kereta saya mati di tengah-tengah jambatan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deep | a ~ sigh, keluhan yg panjang; to take a ~ breath, menarik nafas panjang; 8. not superficial, profound, a. (of interest, learning, etc) mendalam: a ~ knowledge of science, pengetahuan yg mendalam ttg sains; to listen with ~ interest, mendengar dgn minat yg mendalam; b. (of thinker, reader, etc) khusyuk; 9. heartfelt, mendalam: ~ sorrow, kesedihan yg mendalam; ~ affection, kasih sayang yg mendalam; 10. cunning, licik: hes a ~ one, dia itu licik; 11. (of colour) tua: ~ red, merah tua; 12. (of sleep) lena, nyenyak, lenyak: he fell into a ~ sleep, dia tidur lena; 13. difficult to understand, sungguh membingungkan: a ~ mystery, misteri yg sungguh membingungkan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lenyak | sinuk [sinu] | Melanau Dalat | |
melut | lenyak | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lenyak | [le.nya/] | لڽق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lenyak |
|
|