| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | LAWAN PEDANG |  | UMUM |  |  
  | SUKAN LAWAN LEMBU | Sukan lawan lembu ialah pertandingan antara manusia yang dipanggil matador dengan lembu. Sukan lawan lembu ini popular di negara yang bertutur bahasa Sepanyol, di Portugal dan di Perancis Selatan. Di negara tersebut seperti Sepanyol dan Mexico, matador adalah wira negara.  | UMUM |  |  
  | TENIS | Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai seorang atau dua orang pemain pada setiap gelanggang, yang menggunakan raket untuk memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain cuba memungut mata dengan memukul bola supaya pemain lawan gagal mengembalikan bola itu melepasi jaring ke dalam gelanggang.  | UMUM |  |  
  | PERANG | Perang ialah suatu pertarungan antara dua golongan besar yang berusaha untuk memusnah atau mengalahkan lawan masing-masing. Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya peperangan antara dua buah keluarga, kabilah dengan kabilah dan antara pengikut satu agama dengan pengikut agama yang lain.   | UMUM |  |  
  | POLO AIR | Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba menjaringkan gol dengan membaling atau menolak sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan. Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang paling lasak kerana pemain menendang dan bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut menyalahi peraturan.  | UMUM |  |  
  | POLO | Polo ialah sukan menggunakan bola yang dimainkan dengan menunggang kuda di padang yang luas atau di dalam bangunan. Dalam permainan ini, dua pasukan yang mempunyai empat pemain setiap pasukan akan cuba memukul bola ke gawang pihak lawan.  | UMUM |  |  
  | PINGPONG | Pingpong ialah permainan dalam dewan yang menyerupai permainan tenis. Pemainnya menggunakan raket yang dikenali sebagai raket atau  daun bet  untuk memukul bola melepasi jaring yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali sebagai  perseorangan  . Jika ia dimainkan oleh empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai  beregu  .  | UMUM |  |  
  | SOMOZA GARCIA, ANASTASIO | Somoza Garcia, Anastasio (18961956) ialah diktator Nicaragua yang memerintah negaranya selama 20 tahun sebelum dibunuh pada tahun 1956. Somoza menguasai kerajaan, tentera dan ekonomi Nicaragua, serta menggunakan kuasanya untuk mengumpul kekayaan. Dia menghancurkan semua pihak lawan dan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Kedua-dua anaknya juga menjadi diktator Nicaragua.  | UMUM |  |  
  | BOLA SEPAK RAGBI | Bola sepak ragbi ialah sukan sentuh yang  pantas permainannya, yang dimainkan oleh dua  pasukan. Pemain-pemain dalam setiap pasukan  cuba mendapat skor dengan menendang,  membuat hantaran, atau membawa bola sehingga  mereka boleh menendangnya memasuki gol lawan  atau menyentuhkan bola di belakang garisan gol  lawan. Pasukan yang mendapat banyak mata dikira  memenangi perlawanan.  | UMUM |  |  
  | NARWHAL | Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik.  Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin  kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari  bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya  adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah  narwhal, kebanyakannya narwhal betina  mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal  betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang  muda menggunakan taring masing-masing untuk  bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang  diketahui, narwhal dewasa tidak pernah  menggunakan taringnya. Bagaimanapun,  kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung  taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan  untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan.  | UMUM |  |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | lawan (kata nama) |  1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan, 
  2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan, 
  3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing., 
 
  |  | Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,  |   
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Serampang laut nama lagunya,      Lawan menyanyi berganti-ganti;  Kemaskan kemudi dengan sempurna,      Tak karam diharung sampai ke tepi.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
   | Peribahasa | 
|---|
  |  232 When Greek meets Greek, then comes the tug of war Apabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan. Anjing galak, babi berani They world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of war Pertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - anjing galak, babi berani. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
 
  Lihat selanjutnya... |   
      
                 |