Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MIMPI | Mimpi ialah satu cerita yang ditonton oleh seseorang semasa tidur, atau cerita yang menjelma semasa tidur. Peristiwa dalam mimpi merupakan khayalan tetapi biasanya ada hubungan dengan peristiwa sebenar pemimpi. Khayalan itu seolah-olah benar pada orang yang bermimpi semasa perkara itu berlaku. Sesetengah mimpi menyeronokkan, ada juga meresahkan dan menyeramkan (lihat Mimpi buruk). | UMUM | |
SFINKS | Sfinks ialah makhluk khayalan dalam mitos purba. Orang Mesir, Yunani, dan orang di Timur Dekat, kesemuanya mempunyai cerita mengenai makhluk ini. Menurut pelbagai kisah, sfinks mempunyai badan berbentuk singa dan berkepala manusia, falko, atau biri-biri jantan. Sesetengah sfinks juga mempunyai sayap dan ekor ular. | UMUM | |
ORANG BUNIAN | Orang bunian ialah makhluk khayalan. Dalam sesetengah kebudayaan, orang bunian dikenal sebagai pari-pari. Dalam kebanyakan cerita rakyat, orang bunian ialah orang kenit. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kebudayaan tradisi, saiz orang bunian sama seperti saiz manusia. | UMUM | |
EL DORADO | El Dorado ialah nama kerajaan khayalan yang kaya-raya yang terletak di Sungai Amazon. | UMUM | |
PARI-PARI | Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari biasanya suka membantu, tetapi mereka sering berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak kejam. | UMUM | |
AIR PANCUT REMAJA | Air pancut remaja (Fountain of Youth) ialah mata air khayalan. Banyak cerita legenda menceritakan air pancut ini di Eropah dan Amerika. Airnya dipercayai boleh membuatkan orang tua menjadi muda dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. | UMUM | |
NAGA LAUT | Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba, legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau terdampar di pantai. | UMUM | |
TAWABI' WA AL-ZAWABI', AL- | Tawabi wa al-Zawabi, al- ialah karya sastera yang ditulis oleh Abu Amir Ahmad ibn Abd al- Malik ibn Shuhayd al-Qurtubiy al-Andalusiy (382 426 H.). Karya ini merupakan kisah khayalan yang menceritakan tentang pengembaraan dalam alam jin. Wiranya bertemu dengan sasterawan-sasterawan jin lalu dia mempelajari ilmu itu daripada mereka dan dalam cerita ini berlangsung perbincangan antara mereka. Beberapa bentuk kritikan dan humor yang terhad dimasukkan ke dalamnya. | UMUM | |
YOUNG, EDWARD | Young, Edward (16831765), penyair Inggeris. Hasil karyanya yang akhir merupakan sebahagian daripada gaya puisi cerdik dan imitatif England era Augustan sehinggalah kepada puisi gaya yang lebih memberahikan dan penuh gaya khayalan di era romantik. | UMUM | |
PARRISH, MAXFIELD | Parrish, Maxfield (18701966) merupakan pelukis dan pengilustrasi Amerika, yang telah menggambarkan dunia dengan penuh warna- warni dan khayalan yang puitis. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| khayal (kata nama) | 1. Bersinonim dengan angan-angan: bayangan, gambaran, maya, rekaan, fantasi,
2. Bersinonim dengan lelan: syok sendiri, lupa diri,
| Kata Terbitan : berkhayal, terkhayal, khayalan, |
|
|