Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERABOT | Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang, dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti, kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis menyediakan tempat untuk menelaah dan membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga dianggap sebagai perabot. Piano merupakan sejenis perabot yang menarik di kebanyakan rumah. | UMUM | |
KURSI TUN ABDUL RAZAK | KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina olehnya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. University of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut. | BAHASA | Anugerah/Hadiah |
ALAT MENGUJUT | Alat mengujut ialah sejenis kolar besi. Ia pernah digunakan di Sepanyol dan Portugal dalam upacara menghukum mati pesalah. Algojo akan menempatkan pesalah di atas kerusi dan memasang alat mengujut di lehernya. Alat mengujut yang dipasang pada tiang besi yang terletak di belakang kerusi pesalah akan diperketat dengan menggunakan skru sehingga pesalah lemas. | UMUM | |
NAGPUR | Nagpur (pend. 1 617 951) ialah bandar India dalam negeri Maharashtra. Bandar ini bergilir-gilir dengan Mumbai mewakili kerusi dalam badan perundangan negeri. Bandar ini terletak di Sungai Nag. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |
PERWAKILAN BERKADAR | Perwakilan berkadar ialah satu sistem memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya daripada jumlah keseluruhan undi dalam pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih. Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas: (1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama; (2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk memberikan setiap parti politik bahagian undi yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur- unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan Sistem Hare . | UMUM | |
RAO, P.V. NARASIMHA | Rao, P.V. Narasimha (19212004) ialah Perdana Menteri India pada tahun 1991 hingga tahun 1996. Dia memegang jawatan tersebut apabila Parti Kongres I memenangi kebanyakan kerusi dalam pilihan raya parlimen. Sebagai Perdana Menteri, Rao telah memperkenalkan pembaharuan ekonomi bagi menarik pelaburan asing dan mempertingkatkan perkembangan ekonomi. Walau bagaimanapun, kerajaannya dihalang oleh konflik yang tidak dapat diselesaikan antara kumpulan-kumpulan etnik dan keagamaan. | UMUM | |
THORPE, JEREMY | Thorpe, Jeremy (1929 ) ialah ketua Parti Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College dan Oxford University, England. Pada tahun 1954, Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya tahun 1979. | UMUM | |
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH | Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (Conference on Security and Cooperation in Europe CSCE) ialah siri persidangan yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah. Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri- negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara rasmi menyertai CSCE. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Ambil kerusi dalam puan, Alun-alun tepi jeraya; Sampai hati kakanda tuan, Dibuang lalu kepada saya.
Lihat selanjutnya... |
|