Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan oleh kultur fungus, Tolypocladium inflatum. Ahli imunologi Switzerland, Jean Borel telah menemui khasiat perubatan dalam siklosporin pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan dalam pembedahan pemindahan jantung, hati, pankreas, tulang sumsum, buah pinggang, dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin dapat menurunkan kekerapan berlakunya kerumitan dan kematian akibat pembedahan tersebut. |