Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KLISE | peribahasa yang telah laama dan kerap didengar dan dibaca hinggakan menjadi basi. | BAHASA | Konsep |
TENEMEN | Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang. Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah dengan kemudahan yang kurang bermutu. | UMUM | |
DELIRIUM TREMENS | Delirium tremens yang kerap dikenali sebagai DTs, ialah gangguan saraf dan mental akibat alkoholisme akut. Ramai orang menjadi benar-benar terganggu dan mengalami delirium tremens akibat meminum arak yang luar biasa lamanya dan banyaknya. | UMUM | |
EDOM | Edom ialah kerajaan purba yang kerap kali disebut dalam Kitab Perjanjian Lama. | UMUM | |
KULAPUK | Kulapuk ialah sejenis kulat yang kerap tumbuh pada makanan. Seperti juga cendawan, mildew, dan kulat-kulat lain, kulapuk tidak mempunyai klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan oleh tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan. | UMUM | |
SELENIUM | Selenium ialah unsur kimia separa logam. Secara semula jadi ia paling kerap wujud berpadu dengan logam seperti kuprum, plumbum, dan perak. Ahli kimia Sweden, Jons Berzelius pertama kali mengasingkan selenium pada tahun 1817. Manusia dan haiwan-haiwan lain memerlukan sejumlah kecil selenium dalam diet mereka. Unsur ini membantu badan menukarkan lemak dan protein menjadi tenaga. Makanan yang membekalkan selenium termasuk daging dan ikan. | UMUM | |
MOD | Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya, seorang budak mengira telur dalam 77 sarang burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang mempunyai dua biji telur, lima sarang mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang mempunyai empat biji telur. Sarang yang mempunyai dua biji telur ialah yang paling banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah nombor purata yang digunakan dalam bidang statistik. | UMUM | |
DIAREA | Diarea ialah keadaan yang dicirikan oleh buang air besar yang lancar dan kerap. Najis biasanya cair, lembut dan mungkin mengandungi mukus, nanah atau darah. | UMUM | |
TIANG | Tiang adalah unsur seni bina yang tegak bebas. Apabila digunakan untuk tujuan struktur, tiang kerap disusun berderet untuk membolehkan ketebalan dinding dikurangkan dengan menyokong berat dari atas. Sesetengah tiang yang didirikan untuk tujuan hiasan atau peringatan, merupakan satu sahaja. Tiang dibina daripada pelbagai bahan termasuk kayu, batu, bata, logam dan konkrit. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang.
Lihat selanjutnya... |
|