Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BERTAM | BERTAM, penempatan yang dibuka oleh Parameswara di tebing Sungai Bertam. Sungai ini mendapat nama sempena pokok bertam, sejenis pohon palma yang banyak tumbuh di tebing sungai itu. Sungai Bertam kemudian di kenal dengan nama Sungai Melaka. Setelah meninggalkan Singapura, Parameswara telah membuka beberapa petempatan tetapi tempat-tempat tersebut tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan. Setibanya Parameswara di Bertam, didapatinya tempat itu sesuai untuk dijadikan penempatan dan perlindungan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PAINE, THOMAS | Paine, Thomas (17371809) ialah penulis risalah, pejuang politik, dan penulis politik dan agama Amerika kelahiran Inggeris yang terkenal. Tulisannya mempengaruhi pemikiran politik pemimpin Revolusi Amerika, dan dia menjadi tokoh terkenal di Paris semasa Revolusi Perancis. Bekas Presiden Amerika Syarikat, John Adams menulis pada tahun 1806, Saya tidak kenal sebarang orang di dunia yang lebih berpengaruh terhadap kehidupan atau hal ehwal yang berlaku di dunia selama 30 tahun yang lalu berbanding Thomas Paine. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kenal (kata kerja) | Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;, | | Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal, |
|
Puisi |
---|
|
Saya kenal buah rambutan, Dalam seikat masak sebiji; Manis benar wajahmu tuan, Di dalam kampung payah dicari.
Lihat selanjutnya... |
|