Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
JAH HET, | JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
NORTHAMPTONSHIRE | Northamptonshire ialah kaunti Inggeris yang kecil yang terdiri daripada kampung-kampung dengan rumah batu yang indah, rumah agam bersejarah, rumah golongan bangsawan, dan gereja yang mempunyai puncak menara zaman pertengahan yang indah. Untuk lokasi Northamptonshire, lihat England (peta politik). Kaunti ini terkenal kerana pengeluaran kasut dan pakaian. Bandar industrinya terletak berhampiran bahagian tengah kaunti ini. Bentuk muka buminya berbeza-beza daripada padang rumput yang luas dan rata di Lembah Nene yang lebih rendah hingga dikelilingi bukit yang landai di bahagian tenggara. | UMUM | |
OXFORDSHIRE | Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di selatan tengah England dengan pemandangan alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini. Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta politik) | UMUM | |
KETUA KAMPUNG | Ketua kampung, ketua bagi masyarakat sesebuah kampung. Ketua kampung biasanya dilantik berdasarkan pilihan ramai masyarakat sesebuah kampung. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
KAMPUNG HULU | KAMPUNG HULU, kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
O'FLAHERTY, LIAM | OFlaherty, Liam (18961984) ialah penulis novel dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa Inggeris. Kebanyakan fiksyen OFlaherty menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan yang gersang dan kampung-kampung terpencil Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang penduduknya mementingkan diri sendiri. | UMUM | |
KAMPUNG DATUK KERAMAT | KAMPUNG DATUK KERAMAT, kawasan petempatan yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Kampung ini dibuka pada sekitar awal tahun 1960-an. Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (D.B.K.L.). Kampung Datuk Keramat mempunyai keluasan 90 hektar persegi. Kampung ini dikelilingi oleh Padang Tembak di utara, Wangsa Maju di timur, Ampang di Selatan dan Bandaraya Kuala Lumpur di barat. Jumlah penduduknya lebih kurang 20 000 orang. Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERARAKAN DANDI | Perarakan Dandi ialah perarakan yang dilakukan oleh pemimpin nasionalis India, Mohandas Gandhi, dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1930. Pada 12 Mac tahun tersebut, Gandhi bersama-sama 78 orang pengikutnya memulakan perarakan 24 hari dari Sabarmati Ashram, berhampiran Ahmadabad, melalui kampung-kampung Gujarat hingga ke laut di Dandi, iaitu sejauh lebih kurang 380 kilometer. | UMUM | |
KAMPUNG BARU | Kampung Baru ialah petempatan orang Melayu yang terawal di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KAMPUNG | Kampung ialah sekelompok kecil petempatan yang mempunyai penduduk yang tergolong dalam satu kumpulan, saling berkongsi ekonomi dan sumber yang terdapat di sesuatu tempat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kampung (kata nama) | Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor,
seksyen, zon;, | | Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan, |
|
Puisi |
---|
|
Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 135 Squeezed between the devil and the deep blue sea Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Lalu hangus, surut layu The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|