Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEDGMAN, FRANK | Sedgman, Frank (1927 ), salah seorang pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950 hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia menjadi orang Australia yang pertama menjuarai acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika, Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman lahir di Melbourne. | UMUM | |
SCAPA FLOW | Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland. Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13 kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat skuadron Armada Utama British semasa Perang Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan kapal perang British, Royal Oak , semasa melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun 1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi terminal penting untuk saluran paip minyak dari Laut Utara. Lihat juga Orkney. | UMUM | |
PERANG RUSIA-FINLAND | Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat dalam Perang Musim Sejuk dari tahun 1939 hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu Perang Sambungan berlaku dari tahun 1941 hingga tahun 1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan tersebut. | UMUM | |
PIALA DAVIS | Piala Davis ialah sebuah piala perak yang dihadiahkan setiap tahun kepada negara yang memenangi kejohanan tenis dunia bagi pemain lelaki. Pada tahun 1900, kejohanan tenis bermula apabila Dwight F. Davis, seorang pemain tenis Amerika yang handal, mendermakan piala ini. Pertandingan bagi meraih Piala Davis ini dijalankan secara kalah mati antara 16 negara yang layak. Satu pertandingan yang berasingan diadakan bagi negara-negara yang tidak layak. | UMUM | |
ANTONY, MARK | Antony, Mark (83?30 S.M.) ialah jeneral dan negarawan Rom yang berkhidmat sebagai pembantu pemerintah Rom sejak tahun 43 S.M. sehingga dia meninggal dunia. Antony dan Gaius Octavian menjadi pembantu pemerintah bersama dengan Marcus Lepidus selepas kematian pemerintah Rom, Julius Caesar. Antony kemudiannya mengahwini Cleopatra, ratu Mesir, dan kedua-duanya menggabungkan angkatan tentera mereka. Antony bercita-cita untuk menguasai Rom seorang diri, tetapi dia kalah dalam Perang Actium pada tahun 31 S.M. | UMUM | |
SELEMPANG MERAH | SELEMPANG MERAH, kumpulan bersenjata orang Melayu di Batu Pahat, Johor. Kumpulan ini juga dikenal sebagai Tentera Sabil Selempang Merah dan ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Haji Salleh bin Abd. Karim yang lebih dikenali di kalangan pengikutnya sebagai Panglima Salleh atau Kiai Salleh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA | GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA, gerakan menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan sekutunya Bintang Tiga. Apabila tentera Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, tentera British belum tiba di Tanah Melayu. PKM menerusi pasukan Bintang Tiga, mengambil alih pentadbiran daripada tentera Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MANSUR SAMIN | MANSUR SAMIN (1930 - ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak. | SASTERA | Tokoh |
KARAENG BONTOMARANNU | KARAENG BONTOMARANNU ( ? -1667), dilantik sebagai raja di Bone yang ditakluk oleh Makasar pada tahun 1644. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Semasa Sultan Hasanuddin memerintah Makasar (1653-1669), Karaeng Bontomarannu dilantik sebagai Tumabicara-butta, satu jawatan yang sama tarafnya dengan Bendahara. Semasa Bugis menyerang Makasar pada tahun 1667, Karaeng Bontomarannu memimpin angkatan Makasar menyerang Butung pada bulan November 1666. Karaeng Bontomarannu menyerah diri setelah kalah kepada Cornelis Speelman (komander tentera Syarikat Hindia Timur Belanda), pada tahun 1667. Spellman dan Karaeng Bontomarannu kemudiannya bersahabat lalu dia dibebaskan. Dia kemudian mengambil kesempatan melarikan diri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ARISTIDES | Aristides (530?468? S.M.) yang dikenali sebagai Just ialah negarawan dan pemimpin tentera Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles, yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa tentera laut. Aristides berpendapat bahawa memang baik sekali Athens mengekalkan tentera darat yang berkuasa berbanding dengan tentera laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun 490 S.M. Isu antara mereka berdua telah diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M. Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada Aristides atau Themistocles harus dinyahkan (dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar). Aristides kalah undi dan dibuang negeri. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kalah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang, Berantonim dengan menang
2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,
3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,
| Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan, |
|
Puisi |
---|
|
Berjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda.
Lihat selanjutnya... |
|