Kata |
Takrif |
Sumber |
setimbang | 1. sama beratnya; 2. sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banding | 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejajar | 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setimpal | 1. setimpal (seimbang, se-padan, bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timpal | setimpal 1. setimpal (seimbang, sepadan, bertimbang), setaraf: setiap orang yg melakukan kekejaman akan mendapat balasan yg ~; penghormatan yg diberikan kepadanya ~ dgn kedudukannya dlm masyarakat; 2. sesuai, layak: padang itu tidak ~ utk perlawanan bola sepak; menimpali 1. membuat supaya menjadi se-timpal, mengimbangi, menimbangi; 2. membalas (perbuatan baik atau jahat);timpalan imbangan, banding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama | 1. tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: bajunya ~ dgn baju saya; dua kali dua ~ dgn empat; pangkatnya ~ tinggi dgn pangkat saya; 2. (turut) serta, bersaing (dgn orang lain) melakukan sesuatu: penjaga kedai turut ketawa ~ apabila men-dengar cerita itu; 3. yg setanding (setaraf dsb) dgn, setanding, seimbang, setara, setaraf: jikalau seorang raja tiada menaruh malu sopan akan ~nya raja, bukanlah dia itu raja namanya; 4. = sama-sama semua sekali, kesemuanya: mereka sama-sama ketawa; 5. = sama-sama kata yg menunjukkan per-buatan dsb yg berbalas-balasan, saling: memang laki bini itu ~ tidak suka; tahu ~ tahu sama-sama tahu; 6. bp akan, kepada: aku mulai sebal ~ perempuan itu; mengapa engkau mesti marah ~ dia? 7. bp dengan, berserta: Ahmad sekarang sudah jarang bermain ~ kami; 8. sl sambil, seraya: maka kata Raja Muhammad, Cih! Jatuh destar kita oleh Tun Besar, ~ ia memandang penjawat-nya; ~ ada apakah, ataukah; ~ ada ... atau baik ... mahupun; ~ bina mempunyai nilai (kadar, keadaan, dll) yg sama; ~ dengan serupa dengan; ~ kita antara kita sahaja; ~ nilai (mempunyai) sama nilaian (ukuran dll); ~ sahaja tidak berbeza (berubah); ~ sahaja (juga halnya) dgn tidak ubahnya spt; ~ segi (mem-punyai) segi yg sama; ~ sekali seluruhnya, segenapnya; ~ sendap Kl berpadanan dan sesuai, cocok; ~ sendiri = satu ~ lain antara mereka itu sendiri; ~ tengah a) betul-betul di tengah; b) tidak memihak ke mana-mana, berkecuali; ~ ukur kesamaan dlm bentuk (saiz dll) antara dua bahagian; ~ unsur (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; air ~ air, sampah ke tepi juga prb jangan ikut campur perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali kita akan tersisih juga; burung pipit ~ enggang prb jodoh yg tidak sepadan; tak ~ getah batang dgn getah daun prb kasih kpd anak sendiri itu tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; telentang ~ menadah embun, tertiarap ~ memakan pasir = tertungkup ~ termakan tanah, tertelentang ~ terminum embun prb orang yg seia sekata dlm pergaulan; sesama antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; sama-sama 1. semua sekali, kesemuanya (secara serentak atau sbg satu kumpulan); 2. serta, bertepatan (dgn); 3. turut serta, bersaing (melakukan sesuatu) dgn orang lain: saya mengajak saudara saudari ~ melihat bahasa dlm konteksnya; 4. ungkapan yg lazim di-gunakan utk membalas ucapan terima kasih drpd orang lain, terima kasih kembali; bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perun-dingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; bersamaan 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; kebersamaan keadaan atau hal bersama: rasa ~ dgn anggota masyarakat; menyama-nyama membuat diri spt, berlaku spt: tidak usahlah kita hendak ~ orang kaya; menyamai sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; menyamakan 1. menjadikan sama (serupa, selaras, dll): arnab dapat ~ warna dirinya dgn warna tanah; kerajaan Persekutuan boleh ~ undang-undang antara sebuah negeri dgn negeri yg lain; 2. menganggap (meman-dang) sama sahaja (dgn sesuatu), menganggap tidak berbeza drpd, menganggap serupa (setara, setanding, dll): pendekatan forma-listik sering disamakan dgn pendekatan struktur; gadis Melayu tidak boleh disama-kan dgn gadis Barat; 3. mengumpamakan, mengibaratkan, menganggap sama atau seolah-olah spt: manusia tidak boleh disamakan dgn jentera; perbuatan serupa itu dapat disama-kan dgn mengusik anjing tidur; mempersamakan menjadikan bersama-sama, memperikutkan, mengembarkan, menyerta-kan; mempersama-samakan melakukan sesuatu bersama-sama (dgn orang banyak): tidak pernah kerja berat dilakukan oleh seorang sahaja, melainkan sentiasa dipersama-samakan; kesamaan perihal (sifat, keadaan) sama: manusia sangat sukar utk memelihara ~ dan kesatuan dlm soal bahasa; ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama: ~ antara gambaran dan hakikat; persamaan 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; penyamaan perbuatan menyamakan (menye-laraskan): perjanjian tentang ~ ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia; penyama sesuatu (orang, perkakas, dll) yg menyamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sejajar | 1. terletak sebaris; sederet:Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2. sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3. tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4. selari (bkn garisan dll):dua batang jalan raya yg ~. | Kamus Pelajar |
setara | 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemuda lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Diraja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usahanya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, selaras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
engkau | ganti nama diri kedua (utk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa), kamu, awak, lwn aku; si engkau sl orang yg disebut engkau, orang rendahan: jikalau umpama ~ si aku sekalipun, jika dgn titah tuanku patik sekalian pertuanlah; berengkau menggunakan perkataan engkau apabila bercakap-cakap utk menunjukkan hubungan yg mesra dan tidak formal: tapi baiklah kita menyebut nama dan memakai perkataan biasa saja, ~ berkamu, beraku, sebab begitu lebih mesra rasanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajar | beberapa benda yg terletak berbaris; baris; deret. berjajar terletak atau tersusun sebaris; berderet. menjajarkan menjadikan berbaris (berjajar); menderetkan. sejajar 1 terletak sebaris; sederet: Rumah Fatimah ~ dgn rumah saya. 2 sama taraf (pangkat dsb); setaraf: Kehidupannya ~ dgn jawatannya. 3 tidak bertentangan dgn dasar dsb; selaras: Kita mestilah mengamalkan sikap berbaik-baik dgn jiran, ~ dgn dasar kerajaan. 4 selari (bkn garisan dll): dua batang jalan raya yg ~. menyejajarkan 1 membuat supaya sejajar (sederet). 2 menyamakan kedudukan dll; menyetarafkan. kesejajaran keadaan atau hal sejajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
bicameral | dwidewan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemerintahan yang mempunyai badan perundangan yang terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Atas dan Dewan Rendah. Sifat hubungan antara dewan ini berbeza mengikut sistem kerajaan yang diamalkan. Dalam konteks demokrasi berpresiden atau sistem federalisme, hubungan antara dewan ini setaraf tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen hubungannya tidak setaraf. Idea dwidewan dalam amalan badan perundangan ini berkembang semenjak zaman Greek lampau dan kemudiannya diperkemas pada era pertengahan Eropah. Salah sebuah negara yang mempunyai badan perundangan dwidewan ialah Malaysia yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. |
artificial general intelligence (AGI) | kecerdasan umum buatan (AGI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang tidak terhad dan mempunyai kemampuan kognitif (pengetahuan) setaraf dengan manusia seperti pemprosesan bahasa dan imej. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sama I | sama; 1 tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: kasut siyen ~ jegem kasutkou kasut dia sama dgn kasutku; 2 (turut) serta, bersaing dgn orang lain melakukan sst: ~ lau kenasusou sama hari lahir; 3 yg setanding (setaraf dsb) dgn, seimbang | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h:] ว sombong: ฉันไม ่ ชอบเขาเพราะเขาจองหองมาก Saya tidak suka padanya kerana dia sangat sombong. จอแจ [c:cε:] ว hingar-bingar, hi ngar-bangar, hiruk-pikuk, bising, ri- uh-rendah: บรรยากาศที่ ตลาดนั้ นจอแจมาก Keadaan di pasar itu hingar-bingar ] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ องทาสีอีกชั้ นหนึ่ ง Warna cat pada dinding ini masih muda, sapulah sela pis lagi. 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n] น
|
|
|