Siegbahn, Karl Manne Georg (18861978) ialah ahli fizik Sweden yang menerima Hadiah Nobel tahun 1924 bagi bidang fizik kerana usahanya tentang sinar-x dan kaedah analisis yang dikenali sebagai spektroskopi sinar-x. Dia beralih daripada minatnya dalam elektrik dan kemagnetan kepada kajian tentang sinar-x pada tahun 1914. Dia mencipta spektograf sinar-x jenis baru dan tiub sinar-x yang bertambah baik. Dengan alat yang lebih tepat ini, dia dapat mengukur dengan lebih jitu daripada sebelumnya. Dia juga menyelidiki struktur dalaman atom melalui kajiannya tentang spektrum sinar-x. |