Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RABUN DEKAT | Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan yang menyebabkan seseorang dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Para doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia . Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata seseorang itu terlampau pendek dari depan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum sampai ke fokus. | UMUM | |
SENI ABSTRAK | Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . Seni abstrak ialah gaya seni tahun 1900-an yang mengetepikan subjek yang dapat dikenal pasti dengan jelas. Seni abstrak juga dikenali sebagai seni bukan objektif atau seni bukan figuratif . | UMUM | |
ROTHKO, MARK | Rothko, Mark (19031970) ialah pelukis Amerika, yang bertanggungjawab memulakan pergerakan ekspresionis abstrak. Lukisannya yang terkenal merupakan suatu pengubahan abstrak mudah, besar dan jelas. Dalam karyanya, dia bergantung sebahagian besarnya pada warna dan sempadan yang tidak jelas pada bentuk segi empat tepat untuk menghasilkan mood yang berlainan. | UMUM | |
ALIRAN SEARUS | Aliran seragam yang segaris dengan garis arus. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang aliran searus, sebaik-baiknya fungsi halaju medan aliran ditulis seperti yang berikut: < Gambarajah > Garis arus ialah garisan yang menghubungkan londar semua titik dalam medan aliran dengan vektor halaju V, bertangen dengannya, iaitu V x ds = 0. Medan aliran bendalir biasanya boleh juga dicirikan oleh bentuk susuk halalu. Susuk halaju ialah bentuk fungsi yang menggambarkan perubahan halaju terhadap perubahan koordinat ruang, x, y, dan z. Medan aliran dikatakan berdimensi tiga jika susuk halaju itu merupakan fungsi yang pengungkapannya memerlukan ketiga-tiga paksi ruang x, y, dan z. Contoh medan aliran berdimensi tiga ialah medan aliran yang terjadi di dalam sebuah saluran yang berkeratan rentas segi empat. Panjang, lebar, dan tinggi saluran haruslah terhingga. Saluran yang panjang akan menyebabkan komponen halaju dalam arah paksi saluran menjadi tetap, iaitu .......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
ELISI | Elisi, dalam puisi bermaksud menggugurkan atau menyebut dengan tidak jelas vokal atau suku kata perkataan bagi menghasilkan irama yang mantap. | UMUM | |
SPICA | Spica ialah bintang yang paling cerah dalam buruj Virgo. Spica paling jelas kelihatan di langit senja pada musim bunga. Ia terletak lebih kurang 220 tahun cahaya dari Bumi dan memancarkan cahaya sehingga 2400 kali ganda cahaya matahari (lihat Tahun cahaya). | UMUM | |
NILSSON, BIRGIT | Nilsson, Birgit (1918 ), penyanyi soprano Sweden yang terkenal. Dia terkenal kerana suaranya yang bertenaga dan jelas. Pengkritik menganggap Nilsson sebagai salah seorang penyanyi terbaik yang berperanan sebagai watak utama dalam opera Richard Wagner. Persembahannya sebagai pelakon wanita utama dalam opera Wagner, Isolde dan Brünnhilde menjadi ukuran pada masa itu. | UMUM | |
SERPENTIN | Serpentin ialah mineral yang mempunyai komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar. Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan seperti marmar. Serpentin demikian digunakan sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis serpentin berserat ialah jenis asbestos yang paling penting. Krisotil dilombong di Kanada, Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan. | UMUM | |
NEGARA | Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah tanah air merdeka yang mempunyai nama dan sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas. Bilangan negara merdeka telah bertambah beransur-ansur sejak Perang Dunia II (19391945) kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi 44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi 17 075 400 kilometer persegi. | UMUM | |
MIKROSKOP ELEKTRON | Mikroskop elektron ialah alat yang menggunakan alur elektron untuk membesarkan imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi. Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah membina mikroskop elektron yang pertama pada tahun 1931. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| jelas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh, Berantonim dengan kabur
2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,
| Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan, |
|
|