Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
JALAN RAYA/LEBUH RAYA | Jalan raya/Lebuh raya, laluan kenderaan yang menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan lain, dan antara bandar raya utama dengan bandar raya yang lain. | KEJURUTERAAN | Kenderaan/Pengangkutan |
TEROWONG SAINT GOTTHARD | Terowong Saint Gotthard ialah dua buah terowong terowong jalan raya dan terowong kereta api melalui Pergunungan Alps di selatan Switzerland . Terowong jalan raya, dikenali Terowong Jalan St. Gotthard ialah terowong kenderaan bermotor terpanjang di dunia yang panjangnya 16.3 kilometer. Terowong kereta api pula sepanjang 15 kilometer. Kedua-dua terowong ini hampir selari sejauh 1200 meter di atas aras laut. Kedua-duanya menyediakan laluan mudah bagi melintasi Lepontine Alps menggunakan laluan di antara Zurich , Switzerland, dengan Milan di utara Itali. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). Terowong kereta api dibina antara tahun 1872 hingga tahun 1882. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun 1980. | UMUM | |
TELFORD, THOMAS | Telford, Thomas (17571834) ialah jurutera awam Scotland yang terkenal kerana mempertingkatkan kaedah pembinaan jalan raya. Telford menggunakan batu rata yang besar bagi pembinaan tapak jalan raya dan kaedah ini dinamakan mengambil sempena namanya. Telford membina jambatan, terusan, pelabuhan, dan tali air. Dia membina jambatan tergantung Selat Menai yang menyambungkan Pulau Anglesey dengan tanah besar Kaunti Gwynedd di Wales, dan Terusan Ellesmere yang menyambungkan Sungai Mersey, Sungai Severn dan Sungai Dee di England. Dia juga membina Terusan Caledonian di Scotland. Dia lahir di Eskdale, Scotland. | UMUM | |
JALAN RAYA ROM | | UMUM | |
JALAN RAYA | | UMUM | |
LUMBA JALAN RAYA | | UMUM | |
TEROWONG FRÉJUS | Terowong Fréjus ialah dua terowong satu terowong bagi kereta api dan satu lagi terowong jalan raya yang menghubungkan wilayah Turin di Itali dengan wilayah Savoy di Perancis. Terowong ini merentasi Puncak Fréjus di Pergunungan Alps. Terowong kereta api yang dibina antara tahun 1857 dan tahun 1871, ialah terowong pertama merentasi Banjaran Alps. Alat penggerudi dan pemampat udara digunakan pertama kali dalam pembinaan terowong ini. Panjang terowong kereta api ini ialah 13.7 kilometer. Pada mulanya ia dikenali sebagai Terowong Gunung Cenis, iaitu sempena nama tempat kereta api ini dibina. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun 1980 dan panjangnya 13 kilometer. | UMUM | |
KEKUDA | Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang digunakan untuk menyokong jalan raya yang merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang disambungkan dengan dawai dan penyokong, biasanya lebih murah daripada membina jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah alang yang berkaki. Ia digunakan untuk menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan lukis disokong oleh rangka yang dinamakan kekuda. | UMUM | |
MORGAN, GARRET AUGUSTUS | Morgan, Garret Augustus (18771963) ialah pencipta Amerika. Dia mencipta beberapa jenis alat termasuk versi topeng gas dan lampu isyarat jalan raya. | UMUM | |
PIETERSBURG | Pietersburg (pend. 25 500 ) ialah bandar ibu Provinsi Utara di Afrika Selatan. Bandar ini terletak kira-kira 250 kilometer ke timur laut Pretoria, di jalan raya utama yang menghubungkan Johannesburg dengan Zimbabwe. Untuk lokasi, lihat Afrika Selatan (peta politik). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
|