Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda  purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang  telah melarikan diri ke kawasan pergunungan  berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk  menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh  Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang  mengejar mereka telah menemui tempat  persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk  ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang  penggembala terserempak dengan gua tersebut  dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut  sedang nyenyak tidur. Apabila dia  mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa  mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah  seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk  mencari makanan dan membayar dengan  menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.  Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai  pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,  Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu  keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu  dalam satu perarakan besar-besaran ke gua  tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja  dan kawasan perkuburan yang besar di situ  sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh  lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal  dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di  tempat mereka pernah tidur.  |