Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUNGAI DON | Sungai Don ialah jalan air yang penting di barat daya Rusia. Sungai Don bermula dari sebuah tasik kecil dekat Tula. Sungai ini mengalir ke selatan sejauh 1963 kilometer hingga ke Laut Azov. Kapal besar boleh belayar di sungai ini sejauh kira-kira 1300 kilometer. Satu terusan menyambungkan Sungai Don dengan Sungai Volga, di tempat sungai-sungai ini terpisah 60 kilometer. Bahagian utara Sungai Don mengalir melalui kawasan hutan berpaya. Tetapi sebahagian besar sungai ini mengalir melalui ladang yang subur dan kawasan balak. | UMUM | |
SASSAFRAS | Sassafras ialah pokok bersaiz sederhana dalam famili laurel. Ia didapati terutamanya di timur Amerika Syarikat. Ia juga tumbuh sebagai pokok renek di sepanjang jalan. Pokok ini hidup subur di hutan lapang di tanah yang lembap, tersalir dengan baik. Ia boleh mencapai ketinggian 30 meter. | UMUM | |
KUALA SELINSING | KUALA SELINSING, tapak arkeologi prasejarah akhir atau protosejarah awal. Kuala Selinsing di Pulau Kelumpang, Perak. I.H.N. Evans, orang pertama menjalankan ekskavasi pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an menamakan tapak tersebut sebagai tapak Tanjung Rawa, Kuala Selinsing. Antara tahun 1988 hingga tahun 1990, beberapa penyelidik arkeologi dapat mengesan semula tapak tersebut dan menemuinya di dalam hutan paya bakau, Pulau Kelumpang. Tapak tersebut terletak dari Pelabuhan Sepetang, melalui Sungai Selinsing, sejauh lebih kurang 14 km. Jalan Sungai yang paling dekat ke situ melalui Kampung Selinsing atau dari Kuala Gula, sejauh lebih kurang 7 km. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
Puisi |
---|
|
Buah jambu dimakan kera, Dipetik Rukiah lari ke hutan; Ilmu itu bertiang tiga, Dialah cahaya penyuluh jalan.
Lihat selanjutnya... |
|