Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
IBARAT | IBARAT, bahasa kiasan. Dalam bahasa Arab disebut ibrah yang bererti teladan atau pengajaran yang membawa kita kepada beringat-ingat khususnya terhadap sesuatu kejadian yang kurang baik, iaitu tidak diterima. | SASTERA | Konsep |
PESANTREN | PESANTREN, pusat pendidikan agama Islam tradisional di Jawa dan Madura, Indonesia. Berasal daripada perkataan senteri, yakni guru mengaji, pesantren ialah tempat tinggal para santri. Sebuah pesantren ibarat sebuah asrama yang berupa lingkungan pondok, tempat para senteri tinggal bersama dan dibimbing oleh seorang atau lebih tok guru yang dipanggil kiai. Setiap pesantren mempunyai lima ciri asas iaitu pondok, masjid, santri, pengajaran kitab-kitab agama Islam yang klasik dan kiai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERUMPAMAAN | PERUMPAMAAN, sejenis peribahasa yang menyebutkan sesuatu maksud dengan mengiaskannya kepada perkara lain. Dari segi bentuknya, perumpamaan berbeza daripada bidalan, pepatah dan perbilangan. Cirinya yang berbeza ialah bentuknya yang dua lapis dan menggunakan kata-kata banding: seperti, bagai, bak, laksana, ibarat dan umpama. Oleh sebab itu maknanya menjadi dua lapis. Perumpamaan berbeza daripada bidalan, pepatah dan perbilangan, yang mempunyai makna selapis. | SASTERA | Konsep |
BOSCH, HIERONYMUS | Bosch, Hieronymus (1450?1516), pelukis Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych (lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda, kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible, ilmu sihir, alkimia, dan astrologi. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| ibarat | 1. Bersinonim dengan umpama ( seperti, macam, serupa, sebagai, bagaikan, laksana, selaku, bak, ) (kata tugas:)
2. Bersinonim dengan teladan ( pengajaran, iktibar, contoh, tamsil, model, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : mengibaratkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Lihat selanjutnya... |
|