Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU | DIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. | BAHASA | Bahasa |
HULU PERAK | HULU PERAK, kawasan yang aktif pada zaman prasejarah. Hulu Perak adalah salah sebuah daerah di negeri Perak. Kawasan ini disaliri oleh Sungai Perak, sungai terpanjang di Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Artifak/Mentifak |
PEDIH HULU HATI | | UMUM | |
HULU | HULU, permulaan sungai. Makna hulu bertentangan dengan hilir, yang bermakna hujung sungai. Faktor persekitaran menyebabkan pertumbuhan petempatan di tebing sungai di negeri-negeri Melayu. Oleh itu, perhubungan antara hulu dengan hilir memainkan peranan dalam politik orang Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KAMPUNG HULU | KAMPUNG HULU, kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ASSYRIA | Assyria, negara purba yang terletak di hulu sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat Iraq. | UMUM | |
PIEDMONT | Piedmont ialah wilayah Itali di kawasan lembah hulu Sungai Po. Untuk lokasi, lihat Itali (peta politik). Nama Piedmont bermaksud kaki gunung iaitu merujuk kepada kedudukan kawasan yang terletak di kaki Banjaran Alp. | UMUM | |
SUNGAI WESER | Sungai Weser adalah laluan air yang penting di Jerman. Hulu air utamanya, iaitu Werra, berpunca dari lereng barat daya Hutan Thüringian di tengah Jerman. Sungai Weser berliku-liku sepanjang 700 kilometer ke kualanya di Laut Utara, berhampiran Bremerhaven. Untuk lokasi, lihat Jerman (peta muka bumi). Pada tahun 1894, selatnya telah diperdalamkan dari kualanya ke Bremen, kira-kira 72 kilometer ke selatan, supaya kapal-kapal besar boleh belayar ke Bremen. | UMUM | |
DEMANG LEBAR DAUN | Demang Lebar Daun (? ?), mangkubumi kerajaan Palembang. Dia menguasai Muara Tatang (Batanghari), hulu Sungai Melayu. Bukit Siguntang terletak di kawasan ini. Menurut Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun ialah orang yang pertama menggunakan bahasa diraja seperti Yang Dipertuan dan Patik dalam perbualannya. | UMUM | |
SUNGAI RHÔNE | Sungai Rhône ialah jalan air komersial yang penting di Perancis. Sungai ini masyhur kerana keindahan lembahnya. Hulu sungai ini bermula di glasier Rhône di Switzerland, di paras ketinggian melebihi 1500 meter. Tanah liat glasier yang dibawa oleh sungai ini dari Pergunungan Alps Switzerland membuatkan air Sungai Rhône hampir keruh. Tetapi semasa aliran sungai ini melalui Tasik Geneva, ia kehilangan kebanyakan tanah liat glasier di dasar tasik itu. Warna biru jernih air sungai ini selepas ia meninggalkan Tasik Geneva, memberi inspirasi kepada pemuisi Inggeris, Lord Byron, untuk memerikannya sebagai deruan biru Rhône yang meluru seperti anak panah. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas.
Lihat selanjutnya... |
|