Sistem fideliti tinggi (hi-fi) ialah peralatan elektronik yang menghasilkan semula bunyi dengan ketepatan yang amat tinggi. Sistem fideliti tinggi direka bentuk untuk mengekalkan ketepatan sumber bunyi tanpa menghasilkan herotan atau hingar latar belakang. Sistem ini sering juga digelar sebagai sistem bunyi stereofonik, atau stereo kerana ia menghasilkan bunyi stereofonik. Bunyi stereofonik meliputi pengagihan isyarat bunyi melalui dua saluran yang berasingan atau lebih. Dengan cara ini, sistem stereo membolehkan bunyi dihasilkan semula dari arahnya yang betul. |