Minyak kelapa sawit, yang dibuat daripada buah kelapa sawit, adalah satu daripada minyak sayur yang paling meluas digunakan di dunia. Hanya minyak kacang soya dikeluarkan dengan lebih banyak. Pengeluaran minyak kelapa sawit di dunia berjumlah hampir 13 juta tan metrik setiap tahun. Minyak kelapa sawit digunakan dalam keluaran seperti aiskrim, minyak masak, marjerin, dan sabun. |