Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ | Muhammad bin Tughluq (12901351) merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti itu memerintah hampir keseluruhan subbenua India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda membesar menjadi orang yang beradab, toleran dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam. | UMUM | |
SOANE, SIR JOHN | Soane, Sir John (17531837), arkitek British yang dilantik sebagai arkitek Bank of England pada tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia membina semula hampir keseluruhan bangunan tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga membina Dulwich College Picture Gallery di London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St. John di Bethnal Green, Trinity Church di Marylebone; dan St. Peters di Walworth. Soane lahir di Whitchurch, berhampiran Reading, Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan koleksi lukisannya yang terdapat di Lincolns Inn Fields kepada Kerajaan British yang dikenali sebagai Muzium Sir John Soane. | UMUM | |
MOMBASA | Mombasa (pend. 442 369) ialah bandar kedua terbesar di Kenya selepas Nairobi. Mombasa ialah bandar pelabuhan yang sibuk di pantai timur Afrika (lihat Kenya [peta]). Pelabuhan ini mengendalikan hampir keseluruhan urusan perkapalan antarabangsa Kenya, Uganda, Rwanda, Burundi, dan timur Zaire yang terletak di pedalaman. Bandar ini mempunyai kilang penapis minyak, lapangan terbang antarabangsa, dan banyak bahagian yang moden dengan bangunan kerajaan yang besar dan mempunyai banyak hotel. | UMUM | |
YORKSHIRE | Yorkshire ialah kawasan geografi yang besar di bahagian timur laut England. Ia meliputi kaunti Yorkshire Utara, East Riding of Yorkshire, sembilan daerah metropolitan yang membentuk selatan dan barat laut Yorkshire, dan York bandar katedral purba. Hampir keseluruhan wilayah Yorkshire Utara merupakan desa. | UMUM | |
TANAH BENCAH | Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan tanah selama hampir sepanjang tahun. Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan merupakan satu daripada ekosistem dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi. Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam berat daripada loji industri. | UMUM | |
NAPOLEON I | Napoleon I (17691821), juga dikenali sebagai Napoleon Bonaparte, dan memahkotakan dirinya sendiri sebagai Maharaja Perancis. Napoleon merupakan genius terulung dalam ketenteraan pada zaman tersebut dan mungkin jeneral yang teragung dalam sejarah. Napoleon membentuk empayar yang hampir meliputi keseluruhan barat dan tengah Eropah. | UMUM | |
SHETLAND | Shetland ialah sekumpulan lebih daripada 100 buah pulau yang terletak hampir 160 kilometer di timur laut tanah besar Scotland. Shetland ditadbir oleh sebuah majlis berkuasa pulau, yang ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai sebahagian daripada penyusunan semula kerajaan tempatan Scotland. Lebih daripada setengah penduduknya tinggal di Mainland, iaitu pulau yang terbesar. Hanya 10 buah pulau lain yang berpenghuni. Lerwick, di pantai timur Mainland, ialah pusat pentadbiran yang mempunyai satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penduduk. | UMUM | |
MUGABE, ROBERT GABRIEL | Mugabe, Robert Gabriel (1924 ), menjadi ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia) pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe African National Union-Patriotic Front (ZANUPF)). Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang untuk menamatkan pemerintahan minoriti orang kulit putih. Hampir keseluruhan penduduk Zimbabwe adalah orang kulit hitam, tetapi orang kulit putih menguasai kerajaan dari tahun 1890 hingga tahun 1979. Lihat Zimbabwe (Sejarah). | UMUM | |
DUSUN | DUSUN, kebun buah-buahan yang terletak di pinggir kampung atau berhampiran kawasan hutan. Kawasan dusun adalah sebahagian daripada konsep ruang masyarakat Melayu dalam menyusun kedudukan penempatan mereka. Tapak rumah merupakan pusat ruang itu. Di luar daripada tapak ini terdapat kawasan kampung (kawasan kecil) di sekitar perkarangan rumah. Di luar kawasan kampung ini biasanya terdapat kawasan pertanian terutama sekali padi. Bagi petempatan moden, kawasan pertanian ini terdiri daripada kebun getah atau kelapa. Di luar daripada kawasan pertanian ini terletak kawasan dusun yang sudah agak hampir dengan pinggir hutan dan tidak lagi mempunyai pemilik yang jelas dalam penggunaan tanah di kawasan perkampungan. Gabungan keseluruhan kawasan kediaman ini menjadikan keseluruhan wilayah kampung. | BUDAYA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KAMUS LENGKAP | KAMUS LENGKAP, kamus yang diterbitkan oleh Pustaka Zaman (1986) dan disusun oleh Awang Sudjai bin Hairul Yusoff Khan. Kamus ini merupakan sebuah kamus dwibahasa (Melayu-Inggeris) yang memaparkan keseluruhan unit leksikal sesuatu bahasa. Kamus Lengkap menggariskan beberapa ciri yang istimewa yang istimewa yang membezakannya daripada jenis kamus yang setaraf dengannya. Seperti yang tercatat dalam kata pengantarnya, kamus ini memuatkan hampir 55 000 kata masukan yang dianggap terbesar selain Kamus Inggeris-Melayu Dewan (38 000 entri, tidak termasuk kata turunan). Sejak penerbitan pertama pada tahun 1977, kamus ini telah dikemas kini untuk edisi 1988 dengan perubahan besar, iaitu menggunakan ejaan Rumi baru. | BAHASA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| hampir (adverba) | 1. Dalam konteks jarak bersinonim dengan dekat, rapat, Berantonim dengan jauh
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,
| Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran, |
|
|