Anugerah Laura Ingalls Wilder ialah anugerah kesusasteraan Amerika, yang diberikan kepada mana-mana pengarang atau ilustrator, yang diterbitkan di Amerika Syarikat, yang telah memberi sumbangan yang lumayan dan berkekalan kepada kesusasteraan kanak-kanak. Association for Library Service to Children (Persatuan Perkhidmatan Perpustakaan untuk Kanak- kanak), satu cabang Persatuan Perpustakaan Amerika memilih pemenangnya. Anugerah ini telah diadakan pada tahun 1954 untuk memperingati Laura Ingalls Wilder, seorang pengarang Amerika yang terkenal dengan siri Little Housenya. Anugerah berupa sebuah pingat gangsa itu menggambarkan Wilder sebagai seorang kanak- kanak yang sedang memegang anak patung. Anugerah ini diberikan setiap lima tahun dari tahun 1960 hingga 1980. Sejak tahun 1980, anugerah tersebut diberikan setiap tiga tahun. |