Klasikisme ialah suatu falsafah seni dan kehidupan yang menekankan keteraturan, keseimbangan dan kesederhanaan. Orang Yunani purba merupakan penganut klasikisme yang pertama. Kemudian diikuti oleh orang Rom, Perancis, Inggeris dan lain-lain yang menghasilkan gerakan klasik. Setiap kumpulan membentuk ciri-ciri unik mereka yang tersendiri, tetapi semuanya mencerminkan keunggulan tertentu dalam bidang seni, kemanusiaan dan alam semesta. |