Kata |
Takrif |
Sumber |
terutama | 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terutama | 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terutama | 3 lebih-lebih lagi. | Kamus Pelajar |
terutama | 2 yg pertama sekali. | Kamus Pelajar |
terutama | 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. | Kamus Pelajar |
afdal | lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~; keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga dinyatakan ~ berfikir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autograf | tulisan tangan seseorang terutama tandatangannya: buku ~ buku yg di dlmnya terdapat tandatangan orang-orang tertentu (terutama orang yg terkenal). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
agung I | 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP; mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, meninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu; mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan; keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden; pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujukan dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autograf | tulisan tangan seseorang terutama tandatangannya: buku ~ buku yg di dlmnya terdapat tandatangan orang-orang tertentu (terutama orang yg terkenal). | Kamus Pelajar |
arca | 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakaiannya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia menyimpan ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipandang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasilkan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
before | ~ /all, everything / else, terutama sekali, pertama sekali, (yg) paling penting; ~ Christ, sebelum Masihi; ~ God, demi Tuhan; ~ long, a. (in relation to a certain point of time in the past) tdk lama /kemudian, antaranya/; b. (in relation to a certain point of time in the future) tdk lama /lagi, selepas ini/: youll regret your choice ~ long, kamu akan menyesal dgn pilihanmu tdk lama lagi; c. (in relation to the time of making statement) tdk lama lagi; the day ~ yesterday, kelmarin. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
above | ~ all (else), (yg) terutama, terpenting, yg paling /utama, penting/: he was a writer, a politician and ~ all a good father, dia penulis, ahli politik dan yg terutamanya dia bapa yg baik; ~ and beyond, (rhet) lebih (besar) drpd: his contributions to the country were ~ and beyond what was expected, sumbangannya kpd negara lebih besar drpd yg dijangka; ~ ground, masih hidup; /be, get, rise/ ~ os, besar kepala: you had better do something about that boy, hes getting ~ himself, kamu patut berbuat sesuatu utk menasihati budak itu, dia sudah mula besar kepala. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
foremost | adj 1. most important, terutama, terpenting: he is the ~ authority on the law, dia ahli yg terpenting dlm bidang undang-undang; 2. nearest the front, paling depan: the ~ cabin on the ship, kabin paling depan atas kapal itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Excellency, Excellence | n; /Your, His, Her, Their/ ~ , Tuan Yang Terutama. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
handicap | n 1. disability, kecacatan: its possible to correct some physical ~s surgically, setengah-setengah kecacatan fizikal dapat dipulihkan melalui pembedahan; 2. disadvantage, hambatan: poor eye sight is a ~ especially in this type of job, penglihatan yg kabur ialah satu hambatan terutama sekali dlm pekerjaan spt ini; 3. disadvantage imposed on better competitor, handikap; 4. competition where handicaps are imposed, perlawanan yg diberi handikap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pause | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan. |
supreme | terutama | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan tertinggi dalam sesuatu hierarki sama ada dalam bentuk pangkat, gelaran dan darjah kualiti. Kedudukan tertinggi membawa autoriti yang paling berkuasa dan mendapat penghormatan dari orang bawahan. Kedudukan ini meletakkan individu, badan atau organisasi sebagai yang terunggul dan tidak ada individu atau badan lain yang dapat mengatasinya. Sebagai contoh, Yang di-Pertuan Agong memiliki kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia. Sinonim badan tertinggi/tertinggi. |
culture | kultur | Kejururawatan | Tiada | Populasi mikroorganisma terutama bakteria atau kulat, tisu atau sel yang dihidupkan di dalam medium nutrien untuk dikaji di makmal. |
supreme | tertinggi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat terutama. |
antecedent | anteseden | Sejarah | Tiada | Peristiwa atau keadaan sebelumnya terutama dalam penulisan sejarah seorang tokoh. |
vasoconstriction | vasokonstriksi | Kejururawatan | Tiada | Pengurangan diameter salur darah terutama arteri yang diakibatkan oleh rangsangan saraf atau agen. Keadaan ini boleh mengakibatkan peningkatan tekanan darah. |
supreme body | badan tertinggi | Sains Politik | Politik Perbandingan | lihat terutama/tertinggi. |
prognosis | prognosis | Perubatan | Psikiatri | Ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, terutama setelah pesakit menjalani rawatan. |
herbal fermentation | penapaian herba | Herba | Tiada | Proses penguraian komponen organik, terutama karbohidrat oleh tindakan enzim atau mikroorganisma. Penapaian herba dilakukan untuk menyingkirkan rasa pahit atau tidak enak, atau untuk menghasilkan komponen kimia beraroma yang mempunyai bau dan rasa yang menyenangkan. Contohnya, penghasilan teh hitam dan ekstrak vanila. |
edge wave | gelombang pinggir | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang wujud terutama di tepi garis pemutus dan tersebar di sepanjang pantai. Gelombang ini dihasilkan oleh gelombang tuju dengan amplitud yang maksimum di garis pantai dan berkurang dengan cepat ke arah laut. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
pamie | cengeng, mudah menangis kalau diusik atau dimarahi (terutama kanak-kanak), cengeng | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
ngukuop | eram, mengeram (bkn telur) | pingukuop | suka dipeluk orang semasa tidur (terutama kanak-kanak) | - | - | - | Fauna dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tebileng II | terutama; 1 tertutama sekali, terpenting; 2 lebih-lebih lagi, apa lagi: asou dibak itou selalu angai petebeg wak ~ angai apah pebulou lasat iyen anjing di sini selalu sangat berkelahi terutama anjing yg berbulu langsat itu. | Melanau Mukah | |
ilab | cecair yg keluar dr mulut bayi terutama selepas menyusu, mukak MS. | Melanau Mukah | |
tabek | tempurung; 1 kulit yg keras pd beberapa jenis buah terutama kulit pd isi rung kelapa: seduok ~ senduk tempurung; 2 kulit kelapa yg keras yg dibelah dua utk bekas air dll: ~ tengan geluk; 3 sst yg menyerupai tempurung; ~ kabut tempurung betina; ~ puduong, | Melanau Mukah | |
balik | ~ batang esok (bahasa kuno yg digunakan oleh orang-orang tua sbg ganti kata panggilan terutama dlm hal yg bkn dng rancangan). | Iban | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
dom, *dum* Ib | panggilan untuk lelaki muda, terutama bagi anak lelaki atau menantu lelaki. | Kamu nanti Bunga Nuing, jangan sekali-kali kaubiarkan dom ini memakan daging rusa,? kata isteri Keling apabila dia melihat Bunga Nuing hendak membawa anaknya berjalan ke tempat orang yang sedang memakan daging rusa. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wat Ib | panggilan manja untuk anak atau menantu lelaki, terutama kepada anak lelaki atau menantu lelaki (sama seperti dom, jang, ulup dan unggal). | Naik wat, kata Manang Jamba. Ya, pak memanglah hajat kami ini datang hendak menemui bapak. Setelah mereka duduk Manang Jamba memberi mereka rokok dan pinang. Awak semua dah makankah tadi? tanya Manang Jamba. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magandang Mr Tl | majlis keramaian. | Upacara Magandang adalah merupakan upacara keriaan. Tujuannya adalah untuk bersukaria terutama sekali ketika adanya majlis-majlis keramaian nikah kahwin, selepas menuai dan lain-lain lagi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
landas | tengkujuh. | Beliau mengulangi ikrar tentang komitmen kementeriannya untuk membantu kaum nelayan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka terutama musim landas apabila keadaan laut merbahaya untuk mereka. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tulandaat Kd KB | sejenis roh baik. | 18. Sorupu atau Tulandaat Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sorupu Kd KB | sejenis roh baik. | 18. Sorupu atau Tulandaat Roh ini jinak dan rajin, menolong orang yang membuat sesuatu pekerjaan terutama di ladang, di sawah atau di kebun. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magang Kd | upacara pindah rumah baru. | Magang ialah upacara yang diadakan sempena dengan perpindahan ke rumah baru bagi satu-satu keluarga; terutama sekali keluarga-keluarga yang ada menyimpan tengkorak manusia yang merupakan barang warisan yang berharga bagi keturunannya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigar Kd Pn | tengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar. | Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar. | Dusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkap Bj Sm, Kd Lt, Tb | loteng. | Serentak dengan ini, tentagas-tentagas yang ada perkaitan keluarga kepada keluarga yang mengadakan upacara tersebut, terutama sekali orang rumah yang mengadakan upacara mengahau ini supaya sama-sama naik ke atas tilud atau angkap yang disebutkan tadi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
muas, *muaih* Ib, Ml | ratapan semasa upacara kematian. | Pada masa dahulu kebanyakan daripada orang Melanau memang selalu meratap dan merintih apabila mendapat kecelakaan terutama ketika orang mati. Bermacam-macam perkataanlah terkeluar dalam ratapan itu. Ratapan begini dinamakan 'muas'. Bahkan sekarang ini di setengah-setengah tempat masih ada orang Melanau yang 'muas' pada masa kena kematian dalam keluarga. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb tabung. Tabung tersebut dilekatkan atau dihubungkan ke rasuk pengepaman. (KEJ) air-borne (bawaan udara) Perihal penyebab penyakit yang ditularkan melalui/oleh udara atau angin. Se- bilangan besar penyebab penyakit tumbuhan, terutama kulat, adalah melalui bawaan udara. (BIO) air-earth conduction current (arus konduksi udara-bumi) Bahagian arus udara-bumi yang disebabkan konduksi elektrik atmosfera itu sendiri. Arus ini diwakili gerakan (ke juga dikenali sebagai putih telur dan di- rembeskan oleh kelenjar salur ovum. Albumen merupakan sumber makanan berprotein yang diserap oleh embrio sewaktu pembesaran. (BIO) albuminuria (albuminuria) Kehadiran sejumlah protein serum terutama albumin serum atau globulin se- rum dalam urin yang menandakan kerosakan renal. (BIO) albedometer albuminuria Kamus Sains.indb 34 7/8/08 11:45:55 AM 35 alchemy (alkimia) Ilmu
|
Kamus Thai 2.indb sedar bahawa kamus terbitan DBP menjadi rujukan paling berautoriti bagi semua lapisan masyarakat, khususnya di Malaysia. Saya percaya kamus ini sangat ditunggu-tunggu oleh pelajar bahasa Thai dan bahasa Melayu, terutama pelajar berketurunan Melayu di Thailand yang ingin menjejaki dan meningkatkan penguasaan bahasa ibunda mereka. Mudah-mudahan kamus ini dapat memenuhi hasrat tersebut. Saya sangat berbangga kerana kamus ini merupakan kamus
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terutama | [te.ru.ta.ma]/[ter.u.ta.ma] | تراوتام |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
respirasi aerob | aerobic respiration | Respirasi yang berlaku dengan kehadiran oksigen, untuk mengoksidakan sebatian organik, terutama glukosa, bagi menghasilkan karbon dioksida, air, dan tenaga. | Menengah Atas |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
|
|