Kata |
Takrif |
Sumber |
utama | 1. penting sekali, terpenting: beliau sering diberi peranan ~ dlm cerita-cerita sandiwara; ~ jiwa sl jiwa, sukma; air ~ jiwa sl air yg boleh menghidupkan orang-orang yg mati; syarat ~ syarat yg terpenting; 2. paling baik, amat baik, terbaik: kebenaran dan kejujuran itulah menjadi hakim ~; mengutamakan 1. menganggap lebih penting drpd yg lain, menganggap utama, mementing-kan: sistem ekonomi telah mula berubah drpd memiliki tanah kpd ~ wang; 2. menganggap penting hanya, menumpukan perhatian dll kpd: seseorang itu mesti ~ diri sendiri dahulu baru orang lain; terutama 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; keutamaan 1. kelebihan drpd yg lain-lain tempat yg utama: masalah menjaga ke-amanan negeri hendaklah diberi ~ dlm per-sidangan itu; 2. perihal utama, keistimewaan, keunggulan: kalau manusia itu tidak mem-punyai fikiran, hilanglah ~nya sbg makhluk yg tinggi; 3. kebaikan budi pekerti; pengutamaan perihal mengutamakan: ~ Bahasa Kebangsaan mestilah diterima oleh segala golongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teras I | 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpokok | 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga spt yg ditetapkan, berharga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sari I | 1 isi yg terbaik drpd sesuatu benda spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terutama | 1 yg terpenting; yg mustahak sekali. 2 yg pertama sekali. 3 lebih-lebih lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepala lakon | pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terutama | 1. utama sekali, terpenting: Hamzah menulis karangan-karangannya ~ utk orang yg tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi; 2. pertama sekali, asas (pokok): tujuan kita yg ~ sekali ialah memajukan orang Melayu dlm bidang perniagaan; 3. lebih-lebih lagi, apa lagi, teristimewa pula: mustahaklah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai cabang-cabang sains yg lain ~ kajihayat, kimia, dan fizik; 4. lebih baik... (drpd), biarlah, remak: maka ~ mati dgn nama yg baik drpd hidup dgn nama yg jahat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarat utama | syarat yg terpenting; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pokok dasar | dasar yg terpenting, asas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inti sari | bahagian yg terpenting (terutama) dlm sesuatu perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
all-important | adj terpenting: the ~ evidence, bukti yg terpenting. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
foremost | adj 1. most important, terutama, terpenting: he is the ~ authority on the law, dia ahli yg terpenting dlm bidang undang-undang; 2. nearest the front, paling depan: the ~ cabin on the ship, kabin paling depan atas kapal itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
above | ~ all (else), (yg) terutama, terpenting, yg paling /utama, penting/: he was a writer, a politician and ~ all a good father, dia penulis, ahli politik dan yg terutamanya dia bapa yg baik; ~ and beyond, (rhet) lebih (besar) drpd: his contributions to the country were ~ and beyond what was expected, sumbangannya kpd negara lebih besar drpd yg dijangka; ~ ground, masih hidup; /be, get, rise/ ~ os, besar kepala: you had better do something about that boy, hes getting ~ himself, kamu patut berbuat sesuatu utk menasihati budak itu, dia sudah mula besar kepala. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dominant impression | kesan utama | Kesusasteraan | Puisi | Kesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman! |
breed evaluation criteria | kriteria penilaian baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ciri terpenting pada haiwan ternakan yang dipilih oleh pengeluar untuk pembiakan. Kriteria penilaian baka harus khusus bagi sesuatu ciri, boleh diukur dan tercapai. Kriteria ini lazimnya bergantung rapat dengan keuntungan yang akan dihasilkan oleh setiap trait yang dipilih. |
systemic virus | virus sistemik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang hanya bertumpu kepada fail sistem yang terpenting pada sistem pengendalian komputer yang dijangkitinya, ataupun kepada atur cara CMOS komputer tersebut. Fail sistem ini mengawal pengagihan sumber sistem seperti ruang storan, ingatan utama, keutamaan pemprosesan, dan hak capaian. Virus sistemik boleh mengarahkan supaya sumber sistem komputer bertumpu kepada proses tertentu sahaja dengan menjangkiti fail sistem. |
chlorophyll | klorofil | Perikanan | Akuakultur | Pigmen berwarna hijau yang terdapat pada sianobakteria dan kloroplas pada alga dan tumbuhan. Klorofil merupakan biomolekul terpenting yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga daripada cahaya pada jarak gelombang violet-biru dan cahaya oren-merah. Klorofil bukannya molekul tunggal tetapi terdiri daripada kumpulan molekul berkaitan yang ditanda sebagai klorofil A, B, C, dan D. Klorofil A merupakan molekul yang dijumpai dalam semua sel tumbuhan dan dominan. Oleh itu, kepekatannya selalu digunakan semasa analisis klorofil. Klorofil D pula hanya dijumpai dalam alga merah laut, manakala klorofil B dan C kebiasaannya terdapat di perairan air tawar. |
nanotechnology | nanoteknologi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Cabang sains yang memberikan tumpuan kepada jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah semakin menjadi kecil objek, semakin besar nisbah antara luas permukaan dengan isi padu. |
formalism | formalisme | Kesusasteraan | Tiada | Kajian bentuk teks secara rapi. Kajian ini bertumpu pada aspek struktur seperti meter, rima, teknik penceritaan dan lain-lain. Pemikiran formalisme berkait rapat dengan linguistik kerana cara menganalisis bahan secara saintifik yang diamalkan dalam bidang linguistik diterapkan dalam bidang sastera. Menurut pemikiran formalisme, penulisan sastera menggunakan bahasa dengan cara yang istimewa, iaitu berbeza dengan bahasa harian. Konsep ini dikenali sebagai defamiliarisation atau penganehan. Aliran formalisme bermula di Rusia semasa Revolusi 1917. Ahli pemikir formalisme amat berpengaruh pada dekad dua puluhan di Rusia tetapi gerakan mereka diharamkan Antara tokoh formalisme Rusia yang terpenting ialah Victor Shklovsky, Boris Tomashevsky, dan Boris Eichenbaum. Lihat juga penganehan. |
kabbalah | kabbalah | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi. |
magical realism | realisme magis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan yang memaparkan perkara yang aneh, ajaib, luar biasa dan menakjubkan sebagai perkara biasa atau ghalib. Realiti yang diketengahkan oleh perkara ajaib dan luar biasa ini dianggap lebih berwibawa daripada realiti yang objektif. Tidak seperti cereka fantasi yang menggambarkan perkara aneh tetapi memperakukan keanehannya, realisme magis menyifatkan perkara aneh ini sebagai sesuatu yang lumrah. Berbanding surealisme yang menekankan aspek ketidaklogikan perkara ajaib yang dipaparkan, realisme magis menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada realiti harian dan tidak banyak berbeza. Realisme magis bertujuan untuk memperluaskan horison realiti serta menjangkau perkara yang di luar taakulan logik yang meliputi agama dan mitos. Istilah ini diperkenalkan oleh pengkritik Jerman Franz Roh pada tahun 1925. Konsep ini menarik perhatian Alejo Carpentier, penulis Cuba yang berada di Eropah yang mengandaikan bahawa realisme magis begitu sesuai dengan benua Amerika Latin. Benua ini luas dan kaya dengan kepercayaan, adat resam, sastera rakyat, dan mitosnya yang dibauri oleh elemen magis dan keajaiban. Realisme magis terus menapak dalam tradisi sastera Amerika Latin, walaupun penulis dari negara lain juga memaparkan realisme magis dalam karya mereka. Antara contoh terpenting yang menerapkan realisme magis ialah novel berjudul Cien Anos de Soledad atau One Hundred Years of Solitude oleh novelis Colombia Gabriel Garcia Marquez yang diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan judul Sumpah Tujuh Keturunan oleh Zulkifli Ahmad. Novel ini memasukkan pelbagai peristiwa seperti anak kecil yang makan lumpur, watak yang terbang ke syurga, wabak sukar tidur, kealpaan yang meluas dalam kalangan penduduk sebuah masyarakat sehingga setiap benda perlu ditulis namanya untuk ingatan semua. Di luar Amerika Latin, penulis yang mengamalkan realisme magis termasuklah Gunter Grass, Angela Carter, John Fowles, Emma Tennant dan lain-lain. Contoh realisme magis dalam sastera Melayu ditemui dalam karya Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Hj. Muhammad dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said. Lihat juga cerita seram, novel, novel gotik. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tebileng II | terutama; 1 tertutama sekali, terpenting; 2 lebih-lebih lagi, apa lagi: asou dibak itou selalu angai petebeg wak ~ angai apah pebulou lasat iyen anjing di sini selalu sangat berkelahi terutama anjing yg berbulu langsat itu. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tuai burung Ib | orang yang arif dalam membuat tafsiran tentang petanda burung dan mimpi. | Tuai burung adalah orang terpenting dalam kehidupan seharian orang-orang Iban. Ia adalah tukang ramal atau tukang tilik. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb kepada sifat bahan reaktor dalam proses pembakaran industri tetapi oleh sebab zat sulfur banyak terkandung dalam arang batu, sulfur dioksida (SO 2 ) dan sulfur triok- sida (SO 3 ) merupakan bahan terpenting yang bertindak sebagai nukleus pem- bakaran. Kedua-dua oksida tersebut bersifat higroskopik dan mudah menukle- uskan proses pemejalwapan atmosfera. (METEO) command language (bahasa perintah) 1. Bahasa yang digunakan untuk memberi xyli. Gejalanya berupa bantut dan berkas vaskular pada buku ber- warna ungu kemerah-merahan. (BIO) rattan (rotan) Tumbuh-tumbuhan daripada famili Palmae dan merupakan hasil keluaran hu - tan yang kedua terpenting selepas kayu balak. Tumbuh-tumbuhan rotan tum- buh liar di kawasan hutan dan terdapat juga yang ditanam di ladang. Beberapa spesies yang utama seperti Calamus manan, iaitu rotan manau dan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd kerana memerlukan pengetahuan atur cara asal sistem pengendalian yang ingin dijangkitkan. virus sistemik (Ig. systemic virus; Br. virus sistemik; Id. virus sistemik) Virus yang hanya bertumpu kepada fail sistem yang terpenting pada sistem pengendalian komputer yang dijangkitinya, ataupun kepada atur cara CMOS komputer tersebut. Fail sistem ini mengawal pengagihan sumber sistem seperti ruang storan, ingatan utama, keutamaan pemprosesan, dan hak capaian
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terpenting | [ter.pen.ting] | ترڤنتيڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpenting |
|
|