SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGemai ini gemai Cik Munah, Dalam berisi lada muda; Zaman ini zaman si tuah, Kalau mati pun tidak berdosa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan kelah mudik ke hulu, Ikan keli naik ke darat; Zaman setelah zaman dahulu, Orang berjanji jangan diharap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman dahulu kereta lembu, Zaman sekarang kereta kuda; Harap tuan memberitahu, Apa maksudnya kita bercinta? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi zaman dahulu bergalah perahu, Di zaman sekarang bermotor sangkut; Dari dahulu adik dah tahu, Kenapa sekarang adik nak ikut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman sekarang pandan berbunga, Kini sekarang bunganya layu; Zaman sekarang adik diguna, Kini sekarang dibuang lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman dahulu cermin cina, Hingga sekarang patah kakinya; Zaman dahulu saya punya, Hingga sekarang ada gantinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZaman ayah mudik ke hulu, Main makan buah bahulu; Zaman ayah menganyam dahulu, Akar tua pilih dulu. |
|
Puisi |
---|
|
Kota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 65 Make bricks without straw Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya. Seperti hendak menepung tiada berberas We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|