SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSemenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaik-baik menggali ubi, Ubi ada di atas batas; Baik-baik menabur budi, Wang habis kita melepas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai. |
|
Puisi |
---|
|
Semenjak kentang dibuat gulai, Ubi tidak dikari lagi; Semenjak wang jadi pemakai, Budi jarang dipeduli lagi.
Lihat selanjutnya... |
|