SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTukang kayu suka berdikat, Suka berdikat masuklah dia; Tuan bercinta belayar surat, Itulah tanda hati setia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Man tukang kepiah, Kepiah beludu jahit sehari; Kepada tuan tidak berubah, Sudah dituju di jantung hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Cik Amat tukang Kelantan, Kacip besi dengan besi; Kurasa kiamat di dalam badan, Jantung berperang dengan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang jembalang bermata tujuh, Ditukang oleh tukang emas; Jangan digusar jangan digaduh, Di dalam tangan digenggam kemas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda apa di Tanjung Batu? Encik Ali tukang perahu; Anak siapa gerangannya itu? Hanyalah rupa nama tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu. |
|
Tesaurus |
---|
| tukang (kata nama) | Bersinonim dengan pandai, ahli, juru, pakar, utas, kipu, panjunan;, | | Kata Terbitan : bertukang, menukang, ketukangan, pertukangan, |
|
Puisi |
---|
|
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya.
Lihat selanjutnya... |
|