SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau berbiduk usah berdayung, Kalau berdayung bilakan tiba; Kalau duduk jangan bermenung, Kalau bermenung tiba hiba. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik rakit terkutang-kutang, Tiba ke teluk menimba air; Sangat sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJurumudi turun ke perahu, Tiba kuala pecahnya sampan; Terlalu sedap rasanya bau, Tujuh hari adinda tak makan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngkut-angkut terbang ke langit, Tiba di langit bersidai kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru abang mencari lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina ke Tanjung Jati, Singgah petik buah berembang; Dari jauh tiba ke mari, Kerana budi baik orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? |
|
Puisi |
---|
|
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 202 Every flow must have its ebb Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. Ada pasang berturun naik He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|