Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mat di bawah dagu.

Takrif

Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malang tak berbau.

Takrif

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Takrif

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sirih naik, junjungan patah.

Takrif

Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tengah makan putus suap.

Takrif

Baru hendak merasa senang, tiba-tiba datang pula kesusahan lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Wayang kepadaman damar.

Takrif

Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hinggap bak langau, titik bak hujan.

Takrif

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Takrif

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.

Takrif

Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiba di perut dikempiskan, tiba di mata dipicingkan, tiba di dada dibusungkan.

Takrif

Perbuatan (= sikap) yang tidak adil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.



Lihat selanjutnya...