SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup mari menuba, Dapat seekor ikan tapah; Bukan hidup kerana doa, Mati tidak kerana sumpah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGalang kaki kelarai dua, Banyak orang pergi menempah; Hidup tidak kerana doa, Mati tidak kerana sumpah. |
|
Tesaurus |
---|
| sumpah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,
2. Rujuk seranah
3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,
| Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur.
Lihat selanjutnya... |
|