SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBetik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTaruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak. |
|
Tesaurus |
---|
| riuh (adjektif) | Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh,
gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;, | | Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya.
Lihat selanjutnya... |
|