SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Sama susut sama rindu, Sama tak tidur siang malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang dalam; Teresak-esak menanggung rindu, Sampai tak tidur siang malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Letih-letak menanggung rindu, Tidur tidak menghabis malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa pandang padi paya, Tinggi petak dari ruang; Apa pandang kepada saya, Budi tidak bahasa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik hendak ke Inderagiri, Tujuh petak dari ruang; Jangan suka puji diri, Bisa di badan tidak terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPaya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengail di Lubuk Jauhar, Ketam padi di petak Salleh; Hitam manis berambut kejur, Tempat abang menumpang kasih. |
|
Puisi |
---|
|
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Sama susut sama rindu, Sama tak tidur siang malam.
Lihat selanjutnya... |
|