SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Jejawi ke Kubang Gajah, Jangan simpang ke Mata Air; Mungkir janji bukan mudah, Bagai pemotong belum dibayar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang mudik ke hulu, Sayang bertambur di atas getah; Bila terkenang zaman dahulu, Rasa berhambur si air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutik nangka jangan dipindang, Kalau dipindang menjadi punai; Air mata jangan diladung, Kalau diladung menganak sungai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan. |
|
Puisi |
---|
|
Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 27 Better death than dishonour Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah Biar putih tulang, jangan putih mata We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land! Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|