SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi sini rumput di sana rumput, Rumput bernama pudak Melaka; Di sini luput di sana luput, Baru bernama badan celaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPuput manis jalan di luput, Uput menari di tiga tapak; Hitam manis jangan direbut, Dia tak diberi ibu dan bapa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelasih berbunga rumput, Orang Jawa bertanam serai; Bagaimana tidakkan luput, Nyawa di badan lagi bercerai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana tidaklah ke mana, Dari rumput berdaun padi; Bulan mana tahun pun mana, Dendamlah luput di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana hendak ke mana, Tinggi rumput darilah padi; Bulan mana tahun mana, Rindu tak luput dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Bulan mana tahun yang mana, Tidak luput di dalam hati. |
|
Tesaurus |
---|
| luput | 1. Bersinonim dengan hilang ( lenyap, lupus, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan terhindar ( terjauhkan, terlepas, terselamat, terpelihara, terbias, terseberang, tersingkir, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan menyimpang ( melencong, membelok, melantur, memesong, memirau, menyasar, terbabas, mengelencong, menggelencong, mendadek, ) (adjektif:)
| Kata Terbitan : meluputkan, terluput, |
|
Puisi |
---|
|
Puput manis jalan di luput, Uput menari di tiga tapak; Hitam manis jangan direbut, Dia tak diberi ibu dan bapa.
Lihat selanjutnya... |
|