SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengaji Qurªan Istanbul, Lambat pandai di tengah hari; Kalau adinda berhati betul, Kasilah abang cincin di jari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan menjaja Qurªan Istanbul, Lambat tamat dipelajari; Kalau tuan berjanji betul, Dilucut akan cincin di jari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam ditambat juragan Mamat, Terbang lari waktu fajar; Biarlah lambat asal selamat, Tidak lari gunung dikejar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerambat di Tanjung Batu, Jangan terambat ampaian kain; Biar lambat syukurnya tentu, Jangan supaya ke orang lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Gamat menikam gamat, Bunga melur kembang sekaki; Biar lambat asal selamat, Dalam telur boleh kunanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Ahmad menikam gamat, Bunga melur kembang sekali; Biarlah lambat asalkan selamat, Di dalam telur boleh kunanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan merambat tebing beringkat, Rambut menyangkut di akar bambangan; Jangan lambat burung diikat, Burung makan di tapak tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 253 More haste, worse speed Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati). Terlalu cepat jadi lambat She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste. Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|