Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berenyai bak hujan pagi.

Takrif

Bekerja atau bercakap lambat-lambat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.

Takrif

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lambat laga asalkan menang.

Takrif

Biar lambat asalkan maksud tercapai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar lambat laga, asal menang.

Takrif

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.

Takrif

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.

Takrif

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti rabuk dengan api.

Takrif

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai api dengan rabuk.

Takrif

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai kucing dengan panggang (= balur).

Takrif

Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.

Takrif

Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
lambat (adverba)
1. Bersinonim dengan perlahan: lembap, mengambil masa,
Berantonim dengan cepat

2. Bersinonim dengan lewat: laun, melampaui waktu,
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : terlambat, kelambatan,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.



Lihat selanjutnya...