SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMarilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari gelap pasang pelita, Pasang mari dalam kelambu; Kita juga bercinta-cinta, Orang benci kita tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik terenang-renang, Anak kunci di haluan perahu; Kita saja terkenang-kenang, Orang benci kita tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk-duduk menggali lubang, Dalam lubang pasang pelita; Duduk-duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik bukit menggali halia, Baik tergali tulang belut; Kalau jadi kita berdua, Kita bergurau semalam suntuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuduk tak duduk gali lubang, Asal gali lubang juga; Duduk tak duduk kenangkan orang, Orang tidak kenangkan kita. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak orang menanam kangkung, Saya seorang menanam serai; Malam ini kita sekampung, Esok hari kita bercerai. |
|
Tesaurus |
---|
| kita (kata nama) | Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;, | | Kata Terbitan : kekitaan, |
|
Puisi |
---|
|
Bulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 499 When in Rome, do as the Romans do Apabila berada di tempat atau Negara orang, kita haruslah mengikut aturan atau kebiasaan yang diamalkan di situ. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut You should take off your shoes when entering a house because in this country, it's considered impolite not to. When in Rome, do as the Romans do! Kita haruslah membuka kasut apabila memasuki rumah orang kerana di negara ini, kita dianggap kurang sopan jika tidak berbuat demikian. Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|