SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKanan jalan kiri pun jalan, Tengah-tengah pokok mengkudu; Pesan jangan berkirim jangan, Sama-sama menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKiri jalan kanan jalan, Sama tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKiri jalan kanan jalan, Batang pauh dibuat titi; Kirim jangan pesan jangan, Biar sama berjauh hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBelok-belok paya ke kanan, Daun nangka berjari-jari; Rupa elok tak boleh nak makan, Budi bahasa saya nak cari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak susah kalau merebat, Kirilah kanan pasang berlapik; Taklah susah kita mengubat, Ubatlah ada di tanganlah adik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAlun-alun pergi hitam, Kiri kanan pokok membangun; Harum-harum bunga di hutan, Harum lagi bunga di taman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHutan serumpun luar kota, Mari tebas kanan kiri; Helang tak rabun musang tak buta, Biring jangan bebaskan diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin ini dari Yaman, Pakai tangan jari kanan; Barang ini barang makanan, Kalau tak makan rasa kempunan. |
|
Puisi |
---|
|
Pandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara.
Lihat selanjutnya... |
|