SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam padi di hulu kampung, Kampung ada di tepi pantai; Cari senapang letak di kampung, Jangan buah dimakan tupai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKampung Seniawan bermuka batu, Tempat Kak Bedah mandi di perigi; Hati kami terlalu rindu, Rasa nak ikut awak pergi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKampung Kayang dulunya kota, Tempat singgah anak juragan; Di kiri sayang di kanan cinta, Abang di tengah mati meragan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKampung Jambak menyisir rimba, Di balik kampung Mandaling; Sedang dusanak lagi tak hiba, Konon kok orang berkeliling. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Wat ke Kampung Petai, Singgah semalam di Kampung Abi; Perkara yang buat jangan disesal, Ikutlah untung apa nak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mengail di Kampung Tinggi, Sebarang ikan kena kailku; Saya bermain di kampung ini, Selamat tinggal bekas mainanku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUlang-ulang ke kampung sini, Singgah menabur biji bayam; Ulang-ulang ke kampung ini, Ada juga menyabung ayam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. |
|
Tesaurus |
---|
| kampung (kata nama) | Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor,
seksyen, zon;, | | Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan, |
|
Puisi |
---|
|
Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 135 Squeezed between the devil and the deep blue sea Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Lalu hangus, surut layu The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|