SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutik pauh lempar jauh, Kayu berduri di tepi kota; Adik jauh abang jauh, Jauh dari pandangan mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJauh-jauh kapal datang, Jintan selasih dimasak minyak; Tuan jauh ke mari datang, Terima kasih banyak-banyak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pauh asam pauh, Mari diambil dari hulu; Tuan jauh saya jauh, Sama-sama menanggung rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh rantingnya jatuh, Jatuh terlentang dimakan ulat; Tuanlah jauh saya pun jauh, Burung terbang berkirim surat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh cendera pauh, Pucuk bemban ladung meladung; Abang jauh saya pun jauh, Rindu dendam sama menanggung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh ulam pun pauh, Tidakkah ngilu rasanya gigi? Adik jauh abang pun jauh, Tidakkah rindu rasanya hati? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh asam pun pauh, Makan sama santan kelapa; Adik jauh abang pun jauh, Bagaimana kita hendak berjumpa? |
|
Tesaurus |
---|
| jauh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura, Berantonim dengan dekat
2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,
| Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 7 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana contoh begitulah gubahannya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|