SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan mudik ke hulu, Sampai ke hulu ditangkap ibu; Kalau mungkir janji dahulu, Hancurlah hati serta kalbu. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMerak hulu merak hilir, Merak seekor hujung tanjung; Hendak ke hulu hendak ke hilir, Badan seorang tak tertanggung. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGagak di hulu gagak di hilir, Mari hinggap di hujung tanjung; Hendak di hulu hendak di hilir, Badan mana hendak menanggung. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Daik belayar ke hulu, Singgah di darat Kuala Seberang; Apalah baik orang di hulu, Apalah jahat saya sekarang. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas. |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Petang-petang pergi ke hulu,      Sampai ke hulu memetik buah;  Kalau tuan balik dahulu,      Sudah petang hati tak puas.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |