SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak ikan perkara ikan, Ikan laut banyak lagi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis menarik hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuda hitam sila hitam, Pakai anak Inderagiri; Tuan umpama intan manikam, Cahaya melimpah dalam negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. |
|
Puisi |
---|
|
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 380 So many men, so many opinions. Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|