SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Jeddah pulang ke Jeddah, Segala harta di bawa balik; Berpantun sudah berdoa pun sudah, Teruna dan dara masuk ke bilik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMalam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup berjalan di kota, Alamat hujan malam hari; Kalau hidup tak punya harta, Biarlah mati tinggalkan budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap padi Belanda, Tempat semut buat sarang; Apa diharap pada kakanda, Tiada harta bangsa pun kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke hulu menebang seraya, Hilir berakit waktu malam; Apa ada kepada kaya, Banyak harta budi kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBertanam cempedak di luar kota, Tumbuh rendang condong ke desa; Orang nan tidak memandang harta, Tapi memandang budi bahasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan petutu ikan pelata, Ikan puyu di sawah padi; Kalau sudah bertutuk dia punya harta, Tolonglah timbang agar memuaskan hati. |
|
Puisi |
---|
|
Bukanlah mahal harga perabot, Tidak ternilai tinggi harganya; Harta orang jangan direbut, Kalau direbut buruk padahnya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 566 Sweep your own doorstep clean Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|