Yahaya Ismail - Dewan Bahasa dan Pustaka
politik, filsafat, dan sosiologi. Idea daripada pembacaan yang telah mendapat penyaringan yang sesuai dengan peribadinya, merupakan tenaga penggerak bagi beliau untuk menulis dan berbicara dengan lancar dan berkesan. Yahaya banyak sekali melakukan resensi atau ulasan terhadap novel-novel setempat dan dalam eseinya beliau sering membicarakan pendekatan atau teori kesusasteraan, di samping beberapa esei lain yang membahaskan masalah sosiobudayanya. Tulisan-tulisannya itu Pertumbuhan, Perkembangan dan Kejatuhan Lekra di Indonesia. Mulai tahun 60-an, sumbangan Yahaya dalam memperbanyakkan tulisan kritikan, memperkenalkan karya penulis lain kepada masyarakat dan menghangatkan dunia kesusasteraan di Malaysia kelihatan jelas sekali. Tulisannya yang banyak dan berterusan itu membantu memupuk serta memberi tenaga pada bidang kritikan sastera Melayu yang amat baru serta lemah. Tetapi ada orang yang tidak menyukai bentuk kritikan
|
Muhammad bin Haji Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
ialah sesuatu yang setelah kita membacanya kita menjadi lebih bijaksana. Para penyair menolong menyedarkan kita kepada masalah kita bersama malah mendefinisikan masalah penting supaya kita benar-benar dapat menyelesaikannya. Amat jelas bahawa tema puisi Muhammad pada umumnya lebih banyak memaparkan masalah-masalah bersama, masalah eksistensi individu yang berhadapan dengan kehidupan kekotaan. Bangunan-bangunan tinggi, teknologi moden, motokar, lampu neon bukan menjadi yang sebelum dan sezaman dengan beliau. Panel Hakim Karya Sastera telah memilih Buku Perjalanan Si Tenggang II sebagai kumpulan puisi Muhammad yang terbaik bagi tahun 1975. Kumpulan ini dikatakan dengan jelas memperlihatkan bukan saja stail dan peribadi penyair, bahkan konsep puisi yang secara tegas mengelak daripada ungkapan romantik dengan menggunakan kata-kata secara tepat, fungsional dan berkesan. Sebagai penyair yang menulis |
Firdaus Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
tahun 1968 di kampus Hilo, Universiti Hawaii pada tahun 1968. Juga beliau pernah menjadi graduate assistant atau tutor di Pusat Pengajian Antarabangsa di Universiti Ohio. Di samping itu, beliau banyak sekali berkesempatan menghadiri pertemuan-pertemuan antarabangsa. Antara lain pada tahun 1979, Firdaus mewakili GAPENA ke Persidangan Antarabangsa Kedua Sastera Kanak-kanak dan Belia di Moscow, Seminar Ekonomi Asia di Tokyo (1983 malah beliau lebih dikenal sebagai penyair yang kental dengan “semangat kedaerahannya” atau “keminangkabauannya” dan ini sering terserlah dalam karya-karya kreatifnya. Dunia kepenyairannya, kesedaran sosial, pengaruh lingkungan, dan pendidikannya banyak sekali mempengaruhi hasil karyanya mahupun dalam pengucapan dan kertas-kertas kerja yang ditulisnya. Tentang penglibatannya dalam dunia puisi, beliau mula berjinak-jinak dengan berbagai-bagai bentuk puisi Minangkabau. Menurut Firdaus, dari
|
Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P
yang paling aktif menghasilkan pelbagai karya kreatif. Beliau pernah menulis beberapa buah drama radio sebelum melangkah ke dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Sebagai penulis, Khadijah mempunyai bakat besar terutama sekali dalam bidang penulisan cerpen dan novel. Malahan, beliau dapat dianggap sebagai seorang penulis yang berjaya dibandingkan dengan penulis-penulis wanita lain yang lahir seangkatan dengannya. Khadijah Hashim menerima pendidikan awalnya Badai Semalam , meskipun mengandungi idealisme baru, namun masih didasarkan kepada persoalan tradisional, iaitu kisah anak tuan rumah jatuh cinta kepada anak orang gajinya. Novel ini dikemukakan dengan garis plot yang jelas dan mudah diikuti. Keindahan novel lebih banyak terletak pada ceritanya dan bukan pengolahan yang ada di dalamnya. Pada keseluruhannya, Badai Semalam menarik dan dapat mengikat minat pembaca dari awal sampai |
Ismail Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Terengganu, Terengganu. ALAMAT: 28 Lintang Pekaka 5, Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. DALAM perkembangan puisi Melayu moden Malaysia, nama Ismail Abdullah tidak dapat diketepikan begitu sahaja kerana kehadirannya jelas dengan usaha-usaha eksperimen yang menggabungkan aspek-aspek visual, grafik, digital, metafora, simbol dan koda. Usaha-usaha ini menjadikan karya-karya puisinya berbentuk semiotik, signal dan visual. Ismail Abdullah dilahirkan 1985-1989) dan Pengerusi Rancangan Ko-Kurikulum Kebudayaan (1987 - 1989). Antara tahun 1985-1987 dan 1994-1995 pula, beliau telah menjadi Pengerusi Bahagian Seni Halus. Pada akhir tahun 1989, beliau sekali lagi meninggalkan Malaysia dan kali ini ke England pula bagi meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang sejarah seni. Ismail menuntut di University of London, iaitu di
|
Latiff Mohidin - Dewan Bahasa dan Pustaka
pertentangan kelas, penindasan kebebasan atau pesanan pembangunan” di dalam puisinya. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan menemui banyak sekali imejan benda-benda yang biasa dan unsur-unsur yang lumrah seperti tiket, surat, sotong, burung gagak, cicak, dan sungai. Latiff tidak menampilkan benda dan unsur tersebut dengan terperinci sebagai gambar menggunakan bentuk bebas secara matang, tetapi puisinya tetap merupakan pengucapan jiwa manusia Timur yang masih erat dengan kekayaan dan keindahan alam sekitar. Meskipun melalui kata-kata, Latiff tidak menyatakan secara jelas pemberontakannya terhadap hal-hal yang lazim dan mundur, tetapi daripada cara dan gaya berpuisi beliau sebenarnya telah pun menyatakan sikap dan pendiriannya yang tersendiri itu. Sehingga kini, puisi-puisi Latiff |
Ishak Haji Muhammad - Dewan Bahasa dan Pustaka
PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 pernah menerima Ishak sebagai salah seorang anggota pucuk pimpinannya. Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948, kegiatan Ishak dianggap membahayakan keselamatan negara lalu beliau ditangkap sekali lagi dan ditahan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Dari Penjara Pudu, Ishak dipindahkan ke beberapa buah khemah tahanan lain. Ishak kemudiannya telah dibebaskan tanpa syarat dalam bulan Mei 1953. Setelah umum 1959, Ishak bertanding bagi kawasan Bukit Bintang pada tahun 1964 tetapi gagal untuk memenangi sebarang kerusi. Sewaktu tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1965, Ishak telah ditahan sekali lagi. Selepas dibebaskan pada tahun 1966, beliau kembali bergiat dalam bidang penulisan. Ishak kemudiannya ditawarkan bertugas dengan Utusan Melayu sebagai penulis khas. Tulisannya yang amat popular ialah “Kenangan Hidup Pak
|
Hadzrami A.R. - Dewan Bahasa dan Pustaka
kata pengantarnya ditulis oleh M. Fauzi Haji Awang. Antara lain menurut M. Fauzi; Hadzrami ialah penyair sezamannya yang banyak menghasilkan puisi dengan suara dan pengucapan yang begitu kuat. Kebanyakan puisinya jelas, tidak kabur dan mudah difahami. Karyanya juga memancarkan nafas keislaman, sesuai dengan latar pendidikan yang diterima dan latar belakang keluarga, terutama ayahnya seorang guru pondok yang ramai muridnya. Sepanjang penglibatannya munculnya kembali persatuan-persatuan penulis di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Malah karya-karya penulis Pantai Timur mula mendapat tempat di dada akhbar tanah air secara lebih meluas. Setakat ini hanya sekali sahaja Hadzrami memenangi hadiah sastera, iaitu dalam tahun 1971, puisinya "Lagu Laut Jam Sebelas Pagi" memenangi Hadiah Karya Sastera. Kini, kegiatan Hadzrami dalam arus perkembangan kesusasteraan sudah tidak ditemui lagi |
Keris Mas - Dewan Bahasa dan Pustaka
Keris Mas memang mampu menghidupkan imaginasi dan ini menjadi kunci kejayaannya. Selain itu adalah kerana kepintarannya menguasai teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap masalah sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas. Berhubung dengan hal yang terakhir ini, beliau berpendapat bahawa bayangan pertama daripada bakat seseorang penulis mudah terlihat dalam tekniknya. Tetapi kesempurnaan dan kematangan bakat itu bergantung pada kesanggupannya menuangkan buah kreatif. Pada awal tahun 1980-an, Keris Mas berjaya menghasilkan sebuah novel sosiopolitik yang diberi judul Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi mulai tahun 1985 dan berjaya menghasilkan sebuah novel yang berjudul Rimba Harapan. Anugerah Pejuang Sastera yang membawa ganjaran wang tunai RM10 000.00 dan berserta watikah telah dianugerahkan oleh
|
Shahnon Ahmad - Dewan Bahasa dan Pustaka
penderitaan manusia desa dan kehidupan di kota-kota. Tidak lama kemudian Shahnon menjadi lebih terkenal sesudah menghasilkan novel pertamanya berjudul Rentong pada tahun 1965. Rentong merupakan novel Shahnon yang amat jelas menunjukkan bakatnya yang besar sebagai novelis. Sesudah menghasilkan novel keduanya berjudul Terdedah , Shahnon melahirkan pula Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar ini pula pernah dilahirkannya dalam kata alu-aluannya pada sebuah antologi puisi GATRA, Kebangkitan, berbunyi: Kami adalah bangsa Melayu, dalam perjuangan menegakkan identiti melalui sastera. Daripada riwayat hidup Shahnon, kita sekali gus dapat mengenal latar belakang novel-novel yang dihasilkannya. Melalui Rentong misalnya kita melihat bahawa Shahnon cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan. Shahnon Ahmad melahirkan simpatinya yang melimpah |
|
Tesaurus |
---|
| jelas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh, Berantonim dengan kabur
2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,
| Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan, |
|
|